1st. February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL  2013
Peringkat Sekolah


SHD- Bermula Jam 7.20 pagi semua pelajar dan guru berhimpun diperkarangan sekolah yang dipanggil perkarangan BUMBUNG BIRU kerana perkarangan yang telah dibumbungkan berwarna biru. Program bermula apabila pengerusi membukanya dengan bacaan asma alhusna, Lagu negara Malaysia, Lagu negeri Selangor dan Lagu sekolah.
          Seterusnya diadakan pertandingan kuiz sekitar maulid ar rasul dan pertandingan perarakan sekitar perkarangan sekolah. Pada waktu petang semalam bermula pertandingan melukis dan mewarnai sepandok rumah sukan masing-masing. Majlis pagi ini diteruskan dengan ucapan pentadbir dan perasmian. Para pelajar berhimpun dan duduk dalam rumah sukan masing-masing dan akan bergerak, berarak dan berbaris sambil berselawat keatas junjungan besar nabi muhammad SAW. menuju ke Musolla Raudah As-Syakirin(Surau sekolah).
 
 Di sini, pelajar akan mengikuti program Forum perdana maulidur rasul yang dipengerusikan oleh Tuan Kaunslor sekolah Ustaz Abdul Muez bin Rosli, sementara ahli panel terdiri dari Bekas pegawai JPN Johor Baharu Us. Mohd Ngisa Shaien(PK1 SHD 2013), Imam Besar Mesjid Batu 10 sungai sireh Tanjung karang Ustaz Hj. Abdul Halim bin Sulaiman(Guru BAT) dan Mantan Nazir Masjid Parit 4 Sg Hj Dorani Ustaz Anuar bin Zakaria(Guru PAI).
          Program yang besar ini telah disusun oleh ustaz Ghazali selaku ketua bidang azhari dan pengarah program ini.