4 Februari 2013

PELANCARAN NILAM 2013
SAM SG. HJ. DORANI

SHD- Seawal pagi lagi semua pengawas PSS bersama GPM Pn. Khairiah bt Talib bersedia untuk menjayakan Pelancaran Nilam 2013 yang akan dirasmikan oleh Pengetua SAM Sg. Hj. Dorani sendiri. Ada pengawas yang ditugas sebagai fotografi, ada bahagian potong kek perasmian, ada bahagian audio bagi memutarkan lagu nilam dn ada yang berbalas pantun menandakan bermula dan pembakar semangat perjalanan nilam.
           Cikgu Norsiah sebagai guru pengelola NILAM 2013 ini membuat taklimat setelah dipersilakan oleh GPM sekolah. Begitu terang dan ditil penerangannya, para pelajar menulis nota sebagai panduan sepanjang perjalanan Nilam pada tahun ini. Menurutnya, data nilam akan dikutip dalam bulam Mac nanti sebagai pusingan pertama dan bulan julai dipusingan kedua. Data nilam adan di key-in selapas sahaja data siap dikutip.Semua pelajar wajib menyertai dan bersedia katanya.
            Penyempurnaan Pelancaran NILAM ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua dengan kalimah Bismillahirahmani Rahim dan simbolik memotong kek(Perut kenyang senang membaca). Sebagaimana temanya pada tahun ini :"BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA, BUDAYA MEMBACA BUDAYA MULIA".