Jumaat 8 Feb 2013

NATIJAH IMTIHAN SMA 2013
SUP SMA: Us. Mohd Fadhli Lihat

Seorang calon Mumtaz dan 10 calon Jaid Jiddan


SHD- Pada pagi Jumaat jam 7.00 pagi, Penyelaras SMA bergegas pergi ke Shah Alam setelah diberitahu bahawa keputusan peperiksaan SMA 2012 perlu diambil untuk diserah kepada pelajar pada hari tersebut. 
        Dalam perbualan telifon pagi ini, beliau menyatakan GPS SMA 2012 ialah 3.25. Keputusan peperiksaan ini adalah bertambah baik berbanding tahun lepas dan SAM Sg Hj Dorani di kedudukan ke empat terbaik daerah Sabak Bernam. Seorang calon memperoleh keputusan Mumtaz dan sepuluh yang lain Jaid jiddan. Calon yang memperoleh Mumtaz  ialah Nor Haifa Akila binti Muhammed Tohid dari 4 Firdaus sementara rakan lain kebanyakkannya meraih Jaid Jiddan. Pun begitu pihak sekolah mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada semua calon.

 Biarpun bilangan pelajar Mumtaz menurun tetapi saya kira ia sudah cukup baik bagi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan menggunakan format baru.

Banyak faktor yang menjadikan bilangan pelajar yang mendapat Mumtaz menurun tahun ini. Antaranya ialah :

1. Silibus baru - 
Guru terpaksa bermula dari awal kerana silibus yang digunakan adalah silibus baru.Guru terpaksa membuat nota baru, mencari maklumat baru, ulangkaji baru dan segala-galanya baru.

2. Sukar meramal soalan 'spot' - 
Bila mereka menjadi kelompok pertama, ini bermakna kebarangkalian untuk semua tajuk masuk adalah tinggi.


Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Secara keseluruhan pelajar SAMDORANI memperolehi
Mumtaz : 1 orang
Jayyid Jiddan : 10 orang
Jayyid : 29 orang
Maqbul : 29 orang
Rasib 13 orang