6 dan 7. Februari 2013/Rabu dan Khamis


KEJOHANAN MEMANAH MSSD 2013
DAERAH SABAK BERNAM

Tuan Rumah Kejohanan
SAM SG HJ DORANI SG BESAR

SHD- Kejohanan memanah ini adalah anjuran bersama dua buah sekolah antara SAM Sg Hj Dorani dan Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah. Kejohanan bagi sekolah menengah melibatkan dua katagori iaitu bawah 15 tahun lelaki dan perempuan dan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan. sementara sekolah rendah pula katagori bawah 12 tahun.
         Keseluruhan peserta yang turut serta dalam acara memanah ini seramai 82 orang peserta dan melibatkan 6 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah.. SAM Sg Hj Dorani dijadikan sebagai tuan rumah dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini. Yuran penyertaan bagi satu katagori ialah RM30 bagi seklah rendah dan Rm50 bagi sekolah menengah.

           Pendaftaran peserta dibuat seawal 8.00 pagi, kemudian para peserta, guru pengiring dan hakim di beri masa setengah jam untuk bersarapan. tepat jam 9.00 pagi kejohanan pun bermula. Pada hari pertama ini, peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah bawah 15 tahun dan pada hari kedua sekolah menengah bawah 18 tahun. Agihan ini dibuat mengikut bilangan penyertaan peserta sekolah.


           Pengarah program ini, merupakan seorang juruteknik memanah peringkat PPD, Negeri dan Kebangsaan, seorang guru Sains dan KB Sains/Matematik sekolah, Cikgu Mohd Nizam Idris mengatakan Pemenang kejohanan ini akan di bawa ke Kejohanan peringkat Negeri yang dijadualkan akan diadakan pada bulan Mac nanti.