JANUARI 2013

MERENTAS DESA
KG. SG. HJ. DORANI

 
SHD - Program merentas desa yang diadakan di bawah unit kokurikulum. Tn. Hj. Zailan sebagai PK KoKurikulum menyatakan bahawa program ini diadakan atas arahan pihak kerajaan. Secara tidak langsung program ini melibatkan semua pelajar sekolah iaitu target 100% pelajar SAM Sg Hj Dorani melibatkan diri dalam KoKurikulum. Sebelum ini, pihak sekolah telah mengadakan latihan merentas desa kepada semua pelajar sambil diawasi oleh guru-guru terpilih sebagai menguji kekuatan jasmani pelajar membuat larian.


Menurut Tn. Hj. Zailan lagi, ganjaran disediakan kepada 30 peserta terpantas bagi setiap katagori iaitu Lelaki bawah 15 tahun, Lelaki bawah 18 tahun, Perempuan bawah 15 tahun dan Perempuan bawah 18 tahun.