Keputusan PMR 2013 - Khamis 19.Dis 2013

KEPUTUSAN PMR MENINGKAT 

Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 Diumumkan Keluar
= Khamis 19.Dis 2013 =
                 * Majlis di pengerusikan oleh Cikgu Zaki SUP, di sempurnakan oleh Pengetua sekolah
                    Pn Hjh Khodijah binti Dardi dsn PK Pentadbiran En Mohamad Ngisa bin Shaien.

           Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 diumumkan pada 19 Disember 2013. Tepat jam 10.00am, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah. Pada hari yang sama. Semakan keputusan PMR melalui SMS juga akan diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember 2013 hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013.

                           Semakan Melaui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
              Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
                        Contoh: PMR 980310125879 AZ005Z055 hantar ke 15888


SHD - Bermula jam 10.00am, Calon-calon PMR sedia berkumpul di Dewan Besar Sekolah sebagaimana diarahkan oleh pihak pentadbiran. Ada calon datang sendiri dan ada yang datang bersama ibubapa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan ringkas pengerusi majlis cikgu zaki selaku SUP sekolah sesi 2014,  sambil menyebut sedikit analisis. Seterusnya ucapan tahniah dari Pengetua sekolah dengan mengumumkan keputusan tertinggi dan pencapaian sekolah diperingkat PPD dan daerah.
        Majlis diteruskan dengan penyampaian slip kepada beberapa pelajar sebagai simbolik, seterusnya pelajar boleh mendapatkan slip masing-masing daripada guru kelas masing-masing. Semua data dan keputusan PMR 2013 ini telah disediakan oleh guru penyelaras PMR cikgu Wan Sharipah binti Wan Musa. Tahniah kepada yang berjaya cemerlang, berjaya dan calon yang kurang bernasib baik - jadikan sebagai pembakar semangat untuk bangkit di peringkat SMA dan SPM nanti. Tahniah juga kepada semua guru dan Tahniah juga buat warga sekolah.
         Keputusan terbaik PMR 2013 ialah 8A 1B.
* Wajah wajah anak anak samdorani ketika mengambil keputusan
 peperiksaan PMR.. tahniah kepada guru dan pelajar


* Wajah penuh puas dan gembira sambil memegang slip kejayaan.