Jun 2015

MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015
Tempat : Kantin, Dataran biru dan Dewan Mesyuarat Sekolah
Masa : Jumaat .26 Jun  2015

       SHD-Seminggu ini semua guru terutama guru kelas bersama SUP sekolah  dan guru pengurusan PBS  sangat sibuk menyediakan laporan berkaitan. Semua mesti dapat disediakan mengikut jadual.
     Akhirnya semua berjaya di lakukan. Bagi pelajar tingkatan satu dan dua, tempat menandatangani rekod kemajuan diadakan di kantin sementara tingkatan 3 di Dataran Biru dan tingkatan 4 dan 5 di Dewan sekolah.

KoKurikulum Peringkat Negeri
Memanah dan Bolatampar 
Tempat : Johor Baharu
Masa : Isnin .22 Jun  2015

ACARA BOLATAMPAR
Barisan pemain Bolatampar Sekolah bersama Jurulatih cikgu Amzari Saiman.
Laporan Kelab Bola Tampar 2015
Aktiviti kelab di  Sekolah antaranya:
        1.  Menjayakan aktiviti kelab mengikut jadual kokurikulum yang dirancang.
        2.  Mengadakan laman facebook kelab bola tampar SAM Sg Hj Dorani.
        3.  Menjalankan latihan setiap hari, sepanjang tahun untuk pasukan sekolah.
        4.  Menghantar pasukan ke Kejohanan Daerah Sabak Bernam.
        5.  Menghantar pasukan untuk krjohanan MSS Selangor.
        6.  Menghantar pasukan untuk KEJOHANAN SEKOLAH-SEKOLAH
             AGAMA MALAYSIA di Kota Tinggi Johor.
Keputusan Kejohanan disertai :
MSSD SABAK BERNAM
                  1.  Johan Lelaki bawah 15 tahun MSSD Sabak Bernam.
                  2.  Johan Perempuan bawah 15 tahun MSSD Sabak Bernam.
                  3.  Naib Johan Lelaki bawah 18 tahun MSSD Sabak Bernam.
                  4.  Ke-Tiga Perempuan bawah 18 tahun MSSD Sabak Bernam.

MSS SELANGOR
                  1.  Naib Johan lelaki bawah 18 tahun MSS Selangor.
                  2.  Suku Akhir lelaki bawah 15 tahun MSS Selangor.
                  3.  Penyertaan peringkat kumpulan perempuan bawah
                      15 tahun MSS Selangor.

KESSUMA (JAKIM)
                  - Suku Akhir Kejohanan Sekolah-sekolah Agama Malaysia.

Pengetua menyampaikan hadiah kebangaan kemenangan.
Pemain perempuan berbaris untuk menerima hadiah masing-masing.

 ACARA MEMANAH

Barisan Pemanah bersama Jurulatih, PK KoKu dan Pengetua.
Laporan Kelab Memanah 2015
Ahli kelab seramai 36 orang. Aktiviti memanah berjalan sejak awal tahun lagi, sasaran kelab ialah menjayakan sasaran sekolah sehingga ke peringkat negeri. Kelab membuat pendekatan dengan melaksanakan:
                     1. Menjayakan aktiviti kelab mengikut jadual kokurikulum yang dirancang.
                     2. Menjalankan latihan pada hari sabtu dan ahad untuk pasukan sekolah.
                    
Kejohanan Memanah Peringkat Daerah (MSSD)
Menghantar 4 pasukan keperingkat daerah.
Pada 15 dan 16 April 2015 di SAM batu 1.

Keputusan Kejohanan Memanah MSSD 2015
L 18  -  Johan dan ke 4
L 15  -  Johan dan ke 7
P 18  -  ke 4 dan ke 5
P 15  -  ke 12

Kejohanan Memanah Peringkat Negeri
Seramai 4 orang pemain terpilih ke peringkat negeri, namun 2 pemain menolak.Pada 15 dan 16 Jun 2015 pihak sekolah menghantar 2 pasukan ke Mahrajan Memanah Peringkat Negeri.
                 1.  Pasukan lelaki          - 4 peserta
                 2. Pasukan perempuan  - 3 peserta

Keputusan Kejohanan Memanah Peringkat Negeri 2015
Individu Lelaki jarak 50 Meter   - ke 4
Individu Olyimpik Lelaki            - ke 4.
Olyimpik berpasukan                 - Naib Johan
Berpasukan keseluruhan             - SAM Sungai Haji Dorani mendapat tempat ke 4.
Mohd Arif Jaiman antara pemanah yang berjaya.
Perpindahan guru SAM Sg Hj Dorani
Masa : (Jumaat) .19 Jun  2015

Nazuha Harith berbaju hijau -Bergambar bersama Ustazah Adibah, Siti Salwa dan Us. Khairuddin Pengerusi KKGK 2015

CUTI SEKOLAH
Pertengahan Tahun 2015
Masa : (Isnin-Jumaat) .1-14 Jun  2015