Disember 2015

 

PT3 : PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN
SAM Sungai Haji Dorani
 Keputusan rasmi peperiksaan PT3 sekolah yang diumum ole pengetua Pn Hjh Khodijah bt Dardi tepat pada jam 10.00 pagi ini didengar oleh Ibubapa calon yang hadir bersama semua calon PT3 2015.
Keputusan Keseluruhan PT3 2015
   Selain itu tidak semua calon naik podium menerima slip PT3 kerana masa semakin lewat, namun calon yang tidak diumum dan dipanggil naik boleh menuntut slip masing-masing di meja guru kelas yang disediakan di belakang dewan. selain itu semua calon juga mesti mengambil sijil lain seperti sijil PJASK, PBS dan Psikomatrik.
 

Pelajar bersama guru kelas menyemak keputusan lain dalam peperiksaan PT3.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3/2015

 PT3 : KE MANA HALATUJU PELAJAR SETERUSNYA



Program teknik dan vokasional merupakan salah satu bidang bukan akademik yang mampu melahirkan tenaga mahir yang penting kepada negara. Oleh itu anak-anak yang kurang cemerlang akademik tidak perlu membuang masa. Mereka boleh terus mengambil peluang bidang teknik dan vokasional selepas peringkat PT3.
Tindakan awal memasuki bidang kemahiran lebih menguntungkan berbanding meneruskan sehingga tingkatan 5 dengan pencapaian akademik yang tak seberapa. Malah mereka terpaksa bersaing pula dengan segelintir pelajar yang bijak tetapi sengaja memilih bidang kemahiran untuk jaminan kerjaya, yang mana mereka ini mampu meneruskan di bidang akademik tetapi meragui peluang kerjaya.
Kolej Vokasional adalah salah satu platform yang sesuai untuk lepasan PT3. Apa yang lebih penting adalah pemilihan bidang hendaklah berdasarkan MINAT + PROSPEK masa hadapan selaras dengan peluang kerjaya. Pelajar boleh merujuk kepada kaunselor sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan lebih tepat.
# Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional: Syarat kelayakan dan kursus-kursus yang ditawarkan;
http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/
# Pendaftaran pelajar tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh
http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/
# Penajaan Pengajian Tinggi
http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT