unit peperiksaan

Takwim/Kalendar Peperiksaan Awam Tahun 2016
Link/URL  :  JADUAL PEPERIKSAAN AWAM DI MALAYSIA 
Jadual Peperiksaan Awam 2016
* Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk pada pindaan.
* Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
    UPSR      03 - 8884 3382
    SPM        03 - 8884 3330
    STAM     03 - 8884 3340
    Peperiksaan Luar Negeri     03 - 8884 3346
Semoga Takwim Peperiksaan 2016 iaitu Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR, PT3, PAV Dan STAM 2016 ini dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan dalam menghadapi peperiksaan yang dihadapi.
Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar 
Oleh Ibu Bapa/Penjaga melalui SAPS
Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. 

Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas
Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :

1. Pergi ke laman web SAPS - http://sapsnkra.moe.gov.my. Kemudian, click Semakan Ibu Bapa.




2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.


3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

Saya gunakan No. K/P seorang pelajar tingkatan 3 di sekolah saya (tahun 2011) sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana sistem ini berfungsi. Harap maklum.






Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa



 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.

 Maklumat penting yang perlu diketahui umum

SAPS hanya digunakan untuk semakan peperiksaan diperingkat sekolah termasuk percubaan UPSR, PMR & SPM. Bagi semakan keputusan peperiksaan sebenar, SAPS tidak boleh digunakan sama sekali.

Guru-guru akan memasukkan markah pelajar ke dalam SAPS setelah ujian & peperiksaan berakhir serta siap ditanda. Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian & peperiksaan anak mereka setelah proses memasukkan markah ditutup. Manakala peperiksaan sebenar adalah di bawah tanggungjawab & bidangkuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan tidak ada kaitan dengan SAPS.

Berikut adalah menu guru mata pelajaran yang saya gunakan bagi memasukkan markah peperiksaan melalui SAPS bagi tahun 2012. Cuba anda perhatikan - memang tiada menu untuk memasukkan markah peperiksaan sebenar.

Ini pula contoh paparan menggunakan menu semakan ibu bapa. Saya gunakan No. K/P pelajar saya (tahun 2012) bagi menunjukkan bahawa ruangan untuk keputusan SPM sebenar memang tidak wujud.




Terkini : Semakan keputusan SPM 2012 boleh dibuat melalui laman web Lembaga Peperiksaan selepas keputusan rasmi dibuat iaitu pada 21 Mac 2013. Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. Sila click link berikut :




SPM 2012 merupakan tahun terakhir subjek Sejarah mempunyai 2 kertas peperiksaan (kertas 1 dan kertas 2). Mulai tahun 2013, subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM dan ada penambahan kertas 3. 
Bagi calon SPM 2013, anda bolehlah merujuk entri berikut :

* Dikemaskini : 21/3/2013