NOVEMBER 2022

Perkhemahan Unit Beruniform

11 - 12 November 2022. Telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform anjuran Unit Kokurikulum SAMSHD.

Perkhemahan yang disertai seramai 132 orang pelajar tingkatan 2 hingga 4 bagi mewakili 5 unit utama badan beruniform sekolah terdiri dari KASPA,Pengakap,Bomba,KRS & PPIM.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pelajar antaranya pertandingan memasak, mendirikan khemah,kawad kaki,sembelihan ayam dan lain-lain.
Majlis penutupan perkhemahan disempurnakan oleh Tn Hj. Mohd Zailan PK Pentadbiran SAMSHD.
Tahniah Semua guru dan pelajar yang terlibat.
Bersempena Perkemahan ini, pihak sekolah memohon cuti peristiwa pada hari isnin. Semua pelajar cuti KECUALI pelajar SPM mereka terlibat dengan Pentaksiran Pusat bagi Kertas 2 Usul Ad-Din SPM 2022.


BICARA ADDIN ONLINE

Alhamdulillah ramai guru-guru dan warga SAM Sg HJ Dorani sanggup meluangkan masa untuk sama-sama mengikuti program yang sangat bermunafaat ini. Insya Allah pihak sekolah akan megadakan program ini pada masa-masa yang akan datang.


Bengkel Kecemerlangan Akademik SPM
Tempat : Bilik Seminar Hj Mohd Fauzi, SAM Sg Hj Dorani

Mukhaiyyam Syafawi

Tempat: Masjid Taman Padu Permai Sungai Besar


Mukhaiyyam Syafawi yang berlangsung pada hari Sabtu 12 November 2022. Julung kali diadakan bagi tujuan persediaan pelajar-pelajar SPM yang akan menduduki Peperiksaan SPM percubaan nanti.
Masjid Taman Padu Permai dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program bagi Unit Kurikulum pada kali ini.
Semoga program yang dirancang ini menjadi sebuah program tahunan dimasa akan datang dan memberi manfaat buat mereka.
Jutaan terima kasih Masjid Taman Padu Permai kerana memberi peluang ini.
Tahniah rakan guru yang terlibat.
Tahniah semua pelajar SPM 2022.

ULBS KBD DINI SPM 2022
USUL AL DIN -AL SYARIAH - BAHASA ARAB


Minggu PSS

Minggu PSS kembali lagi, kali ini PSS menyediakan pelbagai aktiviti buat semua pelajar dan guru, antara aktiviti menarik dan dinantikan ialah Cabutan nombor Bertuah. Alhamdulillah admin Dan rakam guru antara yang bertuah mendapat hadiah.
Tahniah kepada Ust Khairiah Talib dan Pengawas PSS menjayakan aktiviti ini.
Tahniah kepada guru dan pelajar yang berjaya mendapat jajan. Yang tidak berjaya nanti kalau ada lagi boleh cuba ya...😉

 

Ceramah Keselamatan Jalan Raya 2022

Program Ceramah Cakna Keselamatan Jalan Raya 2022 telah diadakan pada 2 Nov 2022 berakhir dengan jayanya.
Tujuan ceramah adalah untuk memberi pendedahan tentang peraturan dan keselamatan jalan raya, faktor dan kesan kemalangan jalan raya kepada diri dan orang sekeliling, risiko tindakan undang-undang ke atas pemilik kenderaan serta salah laku di atas jalan raya. Selain itu pelajar juga diberi peluang untuk bertanya soalan berkaitan keselamatan jalan raya.
Program kolaboratif antara Unit Disiplin, Keselamatan Dan Kelab Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Jalan Raya telah menjemput Sarjen Mohd Affendi Bin Mohd Idrus dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sabak Bernam.