JANUARI 2023

Aktiviti Pasca Imtihan
26-30 Januari 2023



Aktiviti Pasca Imtihan dibawah Unit Kokurikulum pelajar Tingkatan 1-4 . Aktiviti ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini 26 Januari sehingga 30 Januari 2023 iaitu hari Khamis, Jumaat dan Isnin.
✨ Makluman Jadual Aktiviti Pasca Imtihan 2023✨
📅Hari pertama : Khamis, 26 Januari 2023
- Bola Sepak Lelaki dan Bola Jaring bagi pelajar perempuan.
📅Hari kedua : Jumaat, 27 Januari 2023
- Bola Tampar bagi pelajar Lelaki dan pelajar perempuan.
📅Hari ketiga : Isnin 30 Januari 2023
- Sepak Takraw bagi pelajar Lelaki dan Badminton bagi pelajar perempuan.
Harapan dari pihak sekolah semoga kehadiran pelajar ke sekolah adalah 100% setiap hari.
Yang Ohsem.
Admin

International Fun Walk For World Peace
Pada : Sabtu / 14 Januari 2023

Hari ini seramai 70 orang pelajar dan 6 orang guru telah menyertai
5km International Fun Walk For World Peace yang berlangsung serentak diseluruh negara.

Larian Sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini telah diadakan di Stadium Sungai Besar melibatkan semua pelajar, guru dan orang awam. Selain dari larian turut juga diadakan cabutan nombor bertuah dan pelbagai hadiah menarik disediakan. Tahniah kepada wakil peserta dari SAMDORANI menerima hadiah Cabutan bertuah berupa oven elektrik.
GPM ustz Khairiah Talib turut meraikan kegembiraan pelajar
yang berjaya mendapat cabutan bertuah berupa oven eletrik itu.

Tahniah kepada semua guru, kakitangan dan pelajar yang menyertai larian ini. Yang PENTING semua peserta mendapat Sijil Peringkat Antarabangsa.

Mesyuarat KKGK Kali pertama sesi 2023/2024
Selasa 3 Jan 2023
Mesyuarat KKGK Kali pertama dipengerusikan oleh Cikgu Nazri b Mohd Zahid selaku Pengerusi KKGK yang baharu menggantikan Cikgu Norhisyam b Uzemi. Majlis serah tugas telah diadakan pada 3 Januari yang lalu.
Dengan ini diumumkan senarai Kepimpinan tertinggi JK KKGK bagi sesi 2023-2024 seperti dibawah.
Pengerusi : En Nazri Bin Mohd Zahid
Tim. Pengerusi : Cik Rosniyanti Bt Bani
Setiausaha : Pn. Nor Azrina Bt Mohamad Azli
Pen. Setiausaha: Pn. Nurul Husna Bt Abdul Ghafur
Bendahari: En. Mohamad Ghazali Bin Abdul Rahim
Pen. Bendahari : En. Mohd Afif Bin Ismail
Ahli Jawatankuasa :
En. Amzari Bin Saiman
Pn. Hamadatinor Bt Idris@Ederris
Cik Zaidatul Laili Bt Zaini
En. Mohd Faqeh Bin Mistar
"Tahniah dan selamat menjalankan tugas"

Mesyuarat AJK KKGK bil 1 /2023 telah memutuskan :

1️⃣ Sumbangan Bulanan keahlian KKGK masih dikekalkan sebanyak RM15 (guru) RM10 ( AKP)
2️⃣ Sumbangan ahli yang masih *belum* diselesaikan pada tahun 2022 *dikira* sebagai *Yuran tertunggak.* Oleh itu ahli *dikehendaki* menjelaskan bayaran tersebut kepada Bendahari KKGK yang telah dilantik. Bendahari KKGK bagi sesi 2023/24 adalah Ust Mohd Ghazali dan Penolong Bendaharai adalah Cikgu Mohd Afif. 3️⃣ Majlis perpisahan Cikgu Norsiah akan dilaksanakan dan akan diumum setelah mendapat persetujuan dari pihak pentadbir. 4️⃣ Bagi memastikan kewangan KKGK terus kukuh, KKGK telah memutuskan untuk membuat jualan *_*merchandise_* yang akan dijual kepada semua warga SAMDORANI. 5️⃣ Untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, aktiviti Hari Keluarga juga akan diteruskan seperti tahun-tahun yang lalu. Dengan ini KKGK telah memutuskan untuk melaksanakan aktiviti ini pada *29&30 Julai (Sabtu& Ahad)* di *Teluk Senangin Perak*
5️⃣ Aktiviti pertama KKGK SAMSHD 2023/2024.
Majlis Bacaan Yasin Ahli KKGK bersama anak2 murid di Dataran Al Biruni, mohon kesembuhan untuk ustaz Zulkifly b. Zazuli yang sedang diuji sakit di IJN.

Sekian, terima kasih *Pengerusi KKGK*

Selamat Bersara buat Cikgu Norsiah bt Saberi
bersara wajib 2 jan 2023
Dari kanan:
 Madam Suraya Ab Ghaffar PKhem, Cikgu Norsiah Saberi,Cikgu Hj Mohd Zailan b Arshad PKP,
 Cikgu Noratiqah Mahyuddin GKMP Voltek dan Pn. Saadah Sadari Ketua Kerani.
Majlis Clock Out pada isnin 2.1.2023, Cikgu Norsiah bt Saberi guru Bahasa Melayu yang bersara wajib pada 2.1.2022 diusia 56 tahun. Tahniah kerana dapat menamatkan perkhidmatan sehingga bersara wajib.
Didoakan semoga Cikgu Norsiah terus diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga.
Yang Ohsem
Admin🫰🫰🫰