Februari

PERTANDINGAN KAMIL
Peringkat Sekolah - SAM Sg Hj Dorani
Khamis - 27. Feb. 2014 
Kain Rentang/Warwaran KAMIL 2014
SAMDOR - Antara kemeriahan warga SAMDOR dan tangungjawab terhadap Jabatan, Kementerian, Ibubapa seterusnya pelajar-pelajar. Pihak sekolah mengadakan secara tahunan dan berkala. bagi tahun 2014 ini, Jabatan telah mengedar Jadual KAMIL kepada sekolah-sekolah. Pihak sekolah mesti bergerak secara pro-aktif mesti menjalankan mengikut jadual. 

       Di SAMDOR ini KAMIL diserahkan kepada KB Azhari Us Mohd Ghazali Abd Rahim. Dengan peruntukan yang terhad, beliau mengadakan perjumpaan peringkat tertinggi dan mengadakan mesyuarat diperingkat perlaksanaan bersama AJK pelaksana beberapa kali. 
Senario sepanjang KAMIL 2014


GURU GANTI
Berucap sebagai perkenal diri di Bumbung Biru.
Isnin - 24. Feb. 2014

Nurfa'izatul Husna bt Ahmad

Guru baru menggantikan Pn Nurhazirah yang sedan g cuti bersalin iaitu Nurfa'izatul Husna bt Ahmad. 
Berusia 24 tahun. Mendapat pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Teknik Nilai Negeri Sembilan. Pengkhususan pengajian dalam Matematik. 

Selamat datang Cik Husna ke SAMDORANI.
 .
KURSUS ASAS KEMAHIRANPINGPONG
Kolej Komuniti Sabak Bernam
( Sabtu - 22. Feb. 2014 ) dan ( Sabtu-12. April 2014 )

Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam perkhidmatan yang ditawarkan, ada kursus asas kemahiran pingpong 2014. SAM Sg Hj Dorani memilih untuk mengisi peluang tersebut, dan wakil pihak sekolah cikgu Yusliza Yusuf merangkap ketua jurulatih pingpong berjaya mencapai kata sepakat dengan pihak Kolej iaitu tarikh 22. Feb dan 12. April 2014 dipilih sebagai tarikh latihan/kursus tersebut. Padang permainan yang selengkapnya dan pengangkutan disediakan oleh kolej komuniti tanpa bayaran. Pihak sekolah melalui , cikgu Yusliza binti yusof telah memilih dan mengenalpasti peserta-peserta seramai 20 orang. Mereka dipilih secara rawak dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima, beliau terus menamakan pelajar-pelajar berminat dan dihantar kepada pihak Kolej tersebut.
Semangat dan kesunguhan peserta.
              Sesi pertama pada pagi Sabtu 22. 2. 2014 sebuah bas telah sampai ke perkarangan SAMDOR untuk membawa atlit/peserta yang tersenarai. Semua peserta hadir dan mereka seharian disana, berlatih dan mengambil pengalaman dalam sukan pingpong teknik juga tektik bermain dan berlawan. Mereka ditunjukajar oleh fesilitator berpengalaman bermula dari cara memegang bad dengan betul, kedudukan bad ketika mula servis, kedudukan bad waktu menerima bola, posisi sesuai sehinggalah membuat bola pusing/skru tektikal dan menampan bola smash. Hadir dalam latihan tersebut beberapa orang guru SAMDOR diketuai oleh cikgu Yusliza sendiri.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014
Dewan Utama Sekolah
Dirasmikan oleh: En Muslimin bin Yahya
SU kanan Timbalan Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Sabtu - 15. Feb. 2014
SAMDOR- Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2014. Majlis dibuat pada waktu pagi iaitu selepas motivasi ibubapa oleh us. Hafizzuddin bin Kadir, Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Besar. Majlis perasmian ini dipengerusikan oleh Pn. Khairiah binti Talib-GPM dan En Mohamad Zaki bin Hasim -SUP. Tuan Haji Muslimin bin Yahya merasmikan Mesyuarat agung 2014 bagi mengantikan YB Noriah binti Kasnon Parlimen Sabak Bernam yang tidak dapat hadir atas tugas rasmi yang lebih penting.
           Kehadiran ibubapa dalam majlis perasmian ini amat membanggakan iaitu 49 bapa dan 145 ibu. Mereka menunggu dari jam 8.00 pagi sehingglah majlis dimulakan pada jam 8.45 pagi. Ceramah Motivasi bertajuk "TANGGUNGJAWAB IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK". Majlis diteruskan dengan Majlis perasmian. Dimulakan dengan ucapan Pengerusi PIBG En. Bakri Masturi, diikuti dengan ucapan Pengetua Sekolah kemudian Ucapan aluan dan perasmian. Sebelum majlis berhenti rehat ke sesi mesyuarat Agung, Persembahan nasyid anak-anak SAMDOR dengan membawakan dua lagu.Selepas itu, penyampaian Hadiah dan cenderahati kepada semua AJK PIBG 2013 yang bertungkus lumus berkhidmat sepanjang tahun.
           Pihak sekolah dan PIBG telah sepakat untuk membaikpulih kerosakan prasarana sekolah ini dengan kos penyelengaraan sebanyak RM10,000.00. Namun ucapan Wakil YB Dato Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.Merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. En Muslimin bin Yahya mengumumkan akan memberi bantuan kewangan kepada pihak sekolah sebanyak RM3,000.00 Sahaja. Namun Pengetua sempat menyerahkan kertas kerja 13 projek SAMDOR yang memerlukan dana agak besar untuk dipanjangkan kepada YB Noriah binti Kasnon.
Mesyuarat Agung PIBG 2014 terus dijalankan selepas itu. Banyak perkara berbangkit dibahaskan secara positif dan mahabbah, seperti Wakaf Intizor untuk kemudahan ibubapa, menurap batu diparking kenderaan pelajar dan sebagainya.
          Namun di sesi cadangan/usul pula, banyak perkara dibincangkan antaranya tempat meletak kenderaan berbumbung/dalam garaj, tempat khas untuk buku-buku pelajar di kelas, cadangan agar guru melepaskan pelajar tepat pada masanya, mendenda pelajar untuk mengajar tanpa berlebih-lebihan dan sebagainya. Sebelum majlis penutupan Mesyuarat agung ini, diadakan 30 cabutan bertuah berbentuk barang dapur kepada ibubapa dan guru yang setia menunggu sehingga berakhirnya majlis ini secara rasmi.

MOTIVASI PMR
Oleh: Ustaz Abdul Muiez bin Rosli
(Mahasiswa Peringkat M.A Kaunsling USIM)
dan Kumpulan Alumni SAMDOR

 https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1794543_634465699933982_1975023098_n.png
Tentatif :
Slot 1 : Sesi pemanas badan bersama Ustaz Abdul Muiez
Slot 2 : Aliran Sains Tulen. Seronok Ke? - Atifah Husna Mohd Zailan
Slot 3 : Apa Ada Dengan SMA - Shira Shahira Sairan
Slot 4 : Tamhidi. Apa Tu? - Nor Umaimah Suhaimi
Slot 5 : USIM. Macam Best Aje - Ismi Noorasiah
Slot 6 : Seronok Tak Main Salji Di Jordan? Muhammad Faez Al Fitri


 
 WAKAF INTIZOR
Terutama untuk kegunaan Ibubapa/Penjaga
Khamis - 14. Feb. 2014 


KEJOHANAN MEMANAH
Peringkat Daerah & Negeri
Khamis - 14. Feb. 2014


Tersenyum peserta memanah SAMDOR bersama pencapaian masing-masing



PENCAPAIAN SUKAN SAM SUNGAI HAJI DORANI MEMBANGGAKAN

 Setelahmengharungiseparuhdaripadajadualkejohanan MSSD SabakBernam, pencapaian SAM Sg Hj Dorani bolehlah dibanggakan walaupun ada sedikit kemerosotan berbanding tahun lalu.Berikut adalah kejohanan yang telah disertai oleh atlet SAM Sg Hj Dorani dan keputusannya


Kejayaan Pasukan memanah dan seorang atlet merentas desa dapat menebus kekecewaan pasukan Ping Pong  dan catur. Diharap atlet dan pegawai pasukan tidak putus asa dan terus berlatih sepanjang tahun untuk merebut kembali kejuaraan tahun akan datang.

Perjuangan atlet SAM Sg Hj Dorani belum terhenti kerana beberapa acara sukan belum dipertandingkan. Antaranya,
 


Selamat maju jaya diucapkan kepada semua atlet  yang tidak Berjaya ,berusahalah demi kejayaan manakala yang belum bertanding berusahalah bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan.                                               


KEJOHANAN PINGPONG
Peringkat Daerah
Rabu dan Khamis - 13&14. Feb. 2014
Aksi pemanas badan.

Servis Skru ciptaan atlit pingpong SAMDOR
PELANCARAN NILAM 2014
Isnin - 10. Feb. 2014
Majlis Pelancaran NILAM 2014
SAMDOR- Majlis Pelancaran Nilam diadakan pada pagi Isnin 10 Februari 2014, setelah selesai penyerahan watikah perlantikan pengawas pusat sumber 2014. Majlis Pelancaran ini adalah hasil idea serta usaha gigih GPM Ustazah Khairiah binti Talib dalam merangka dan mendrafkan pelancarannya supaya berjalan lancar tanpa ganguan. 
     Didalam majli ini, GPM memberikan penjelasan dan tafsiran yang tersurat dan tersirat program NILAM. Mengikutnya, Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) bermatlamat : supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid kerana menbaca adalah jambatan ilmu. Orang yang bertamadun adalah orang yang membaca.
      
      Majlis pelancaran ini juga disempurnakan 0leh Pengetua Sekolah sambil disaksikan oleh PK Kurikulum, PK HEM, PK KoKurikulum, ketua-ketua bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir. Penyelaras program nilam 2014 ialah Cikgu Norsiah binti Sabri.


WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS
(Sekolah dan Pusat Sumber)
Isnin - 10. Feb. 2014 

SAMDOR-Majlis perlantikan Pengawas sekolah 2014 dan Pengawas pusat sumber berjalan serentak. Bermula dari Watikah perlantikan pengawas pusat sumber sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Perpustakaan dan Media(GPM) Pn Khairiah binti Talib. Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua sekolah Pn. Hjh Khodijah binti Dardi.
        Pengawas pusat sumber yang menerima watikah perlantikan terebut seramai 26 orang pelajar putera dan puteri. Lantikah baru 2014 adalah seramai 10 orang pelajar sebagai mengantikan kekosongan jawatan pengawas pusat sumber. Pengambilan baru 2014 dibuka satu minggu dari 04 - 07 Nov 2013, sesi temuduga juga sudah dilaksanakan pada 8 Nov 2013. Lantikan ini dibuat bagi mengantikan pengawas yang berpindah keluar atau tamat pengajian di SAM Sg Hj Dorani dan melanjut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


 Pada hari yang sama iaitu selepas watikah perlantikan pengawas pusat sumber. Giliran untuk Watikah perlantikan Pengawas Sekolah 2014.
     Majlis ini di pimpin oleh Cikgu Afif dan disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Pn Hjh Khodijah binti Dardi. Bagaikan tentera yang berbaris rapi begitulah barisan Pengawas sekolah lakukannya. Kehebatan pengawas sekolah SAM Sg Hj Dorani terletak pada disiplinnya, ketegasannya, keperibadiannya, pelajarannya, kewibawaannya juga keterampilannya.
       Selepas menerima watikah perlantikan, mereka menunjukkan taat setia menjalankan amanah   dan tugasan sebagai pengawas sekolah. Mereka sama-sama mengangkat tangan berirar dihadapan semua guru dan semua pelajar SAM Sg Hj Dorani akan memunaikan segala tugasan secara adil dan penuh
tanggungjawab.

PELANCARAN SUMUR
(Sahsiah Unggul Murid)
Isnin - 03. Feb. 2014 


SAMDOR-Majlis pelancaran diadakan di Dataran Biru dan disempurnakan oleh Pengetua SAM Sg Hj Dorani. Dalam perhimpunan rasmi sekolah bermula jam 7.20 pagi, Ustaz nazrol sebagai setiausaha Program SUMUR 2014 sempat melancarkan dengan rasminya program sumur. Memetik ucapan ringkasnya, empat teras utama amat dititik beratkan iaitu berbudi bahasa, mutadayyin, penampilan diri dan jati diri. sebagaimana risalah yang diedarkan pagi itu.

Di dalam ucapan pengetua sebelum merasmikan program ini, beliau menjelaskan bahawa semua pelajar wajib mencapai matlamat secara optimum, program ini amat bererti serta bernilai bagi semua pelajar. Objektif yang jelas memartabatkan diri menjadi seorang yang beriman, bertakwa, bermoral, berdaya juang dan berdaya saing.

Ustaz Nazrol Marudi