PENJELASAN PEPERIKSAAN PT3


Pelaksanaan dan Jadual PT3
(Pentaksiran Tingkatan 3)


Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dengan lebih lanjut, Rujuk  jadual pelaksanaan PT3 dibawah supaya dapat bersedia lebih awal.


Saya kongsikan pelaksanaan dan jadual PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Pentaksiran ini akan melibatkan 8 subjek, dengan 3 jenis kaedah pentaksiran iaitu Pelbagai Instrumen, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan (Mendengar & Bertutur).


Jadual dan Pelaksanaan PT3
 
Pelbagai Instrumen 
Pentadbiran : 1 - 18 Julai
Hantar gred : 15 - 29 Ogos

* Info lanjut mengenai : 

Ujian Lisan
Penatdbiran : 6 - 29 Ogos
Hantar Gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November

Tanggungjawab Sekolah
a) menjalankan pemeriksaan berdasarkan panduan penskoran
b) menjalankan penyelarasan
c) menghantar gred keputusan ke Lembaga Peperiksaan mengikut jadual kerja yang ditetapkan

Syarat Layak Mendapat Gred
Murid yang melaksanakan PT3 bagi mana-mana subjek akan menerima gred bagi subjek berkenaan

Pelaporan
Pelaporan dikeluarkan oleh sekolah dan murid akan menerima pelaporan PT3 daripada sekolah mulai 15 November