Februari 2016

KAMIL 2016 - Peringkat Sekolah

Tempat :  Kawasan Sekolah
Masa : Selasa (23. Februari  2016)




Pelancaran - DARIH 2016
( Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV )
Tempat :  Dewan Bumbung Biru SAM Dorani
Masa : Isnin (22. Februari  2016)
Pelancaran disempurnakan oleh Puan Pengetua Sekolah Puan Norafizah Ahmad. Sebelum itu Pihak Kaunsling sebagai penganjur memberi taklimat ringkas mengenai amaran, ancaman dan bahaya DARIH. Sebab-sebab penularan, punca dan akibat, masa depan dan ketagihan. Fomula pencegahan menjauhi DARIH.
USRAH PELAJAR 2016 - Pembukaan

Tempat :  Kawasan Sekolah
Masa :  Jumaat (19. Februari  2016)
Usrah pertama pelajar-pelajar bersama guru Pembimbing serta Naqib dan Naqibah. Aktiviti sembang santai dan silatur-rahim menjadi tema pada pembukaan usrah ini. Bermula 7.25 pagi sehingga jam 8.00 pagi. Sesi PdP pertama bermula jam 8.05 pagi. Selain berjumpa dan berkenalan sesama ahli, jamuan makanan yang dibawa oleh ahli usrah dijamah bersama. 






Motivasi ABJZ - Unit Kaunsling
Anda Bijak Jauhi Zina(ABJZ)
Tempat :  Dewan Sekolah
Masa : Selasa (17. Februari  2016)
 Motivasi bersiri diteruskan oleh Pihak Kaunsling Sekolah, Cikgu Yusliza Yusof. Program selama 6 jam bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Seramai lebih 300 pelajar terlibat dalam program ini dari tingkatan 2 sehingga tingkatan 5. Peserta didedahkan dengan faktor pendorong gejala zina boleh berlaku dan pencegahannya. Sesi Ceramah dan penerangan, dialog bersama peserta dan tayangan video menjadikan program ini bertambah menarik dan meriah.
              Lebih meriah dan terharu apabila Pengetua sekolah Puan Norafizah Ahmad turut serta dan duduk bersama pelajar dalam majlis ini. 



  
KAMIL 2016 - Peringkat Sekolah
Persediaan dan Perancangan
Tempat :  Kawasan Sekolah
Masa : Selasa (23. Februari  2016)

Penyelaras KAMIL Ustaz Ghazali Abd Rahim dibantu oleh Ustaz Nazrol Marudi telah merancang menjayakannya sejak pertengahan Januari 2016. Guru yang ditugaskan membuat teks perlu menyerahkan teks pada atau sebelum 01 Februari 2016. Helpest dari kalangan pelajar juga telah di pilih dan diberi  taklimat.
           Peserta diberi masa untuk berlatih bersama guru pembimbing masing-masing sehingga 23 Februari 2016.



KEBITARAAN SEKOLAH 2016
ACARA MEMANAH
Tempat : Padang SAM Sg Hj Dorani Sg Besar Selangor
Masa : Selasa-Rabu (16-17hb. Februari  2016)
Pendaftaran peserta

Pengetua SAM Sg Hj Dorani hadir memberi sokongan
Keputusan utk pemanah sekolah SAM Sg Hj Dorani. Wakil sekolah 7 org. 4 org layak ke MSSS.
Arif Afiq Jaiman - Johan L18, Zulhairi - N. Johan L18, Alya Farzana - Ketiga P18, Arif Abroor Jaiman - Johan L15.
Tahniah buat Cg Rokiah (Guru BM Sekolah ini) dan suami En. Jaiman yg melahirkan 2 pemanah ini.

 

KEBITARAAN SEKOLAH 2016
ACARA BOLA TAMPAR
Tempat : Padang SMK Yok Kuan Sekinchan
Masa : Selasa-Khamis (16-18hb. Februari  2016)

Pk Koko, Guru Pengiring dan Jurulatih pasukan.
 

Johan ( P ) bawah 15 tahun, No 3 ( P ) bawah 18 tahun
Wajah-wajah Atlet Bola Tampar ( P ) keriangan.
KEBITARAAN SEKOLAH 2016
ACARA PING PONG
Tempat : SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam
Masa : Rabu - Khamis (03-04 Februari  2016)

Murid berlatih setiap petang di Gelanggang bumbung biru.

Semangat berjuang guru-guru jurulatih ping pong 2016 yang di ketuai oleh cikgu Zaki Hashim. Peserta Mohamad Hadri meraih johan MSSD. Seterusnya beliau akan mengikuti latihan pusat di SAMT BT 38. Latihan bermula hari Rabu - Jumaat bersamaan 17-19 Feb. 2016.
   Pelancaran Program NILAM 2016
Tempat :  Dewan Raudhah SAM Sg Hj Dorani
Masa : Isnin (15 Februari  2016)
Pelancaran Program Nilam oleh Pengetua Sekolah
 
Lantikan rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber 2016
Antara 27 Murid menerima sijil lantikan dari Pengetua Sekolah Pn. Norafizah Ahmad.
 LADAP GURU
Kelas Abad-21
Tempat :  Dewan Mesyuarat SAM Sg Hj Dorani
Masa : Isnin (01 Februari  2016)
Fesilitator : Ustazah Hajjah Kartini Mahidin

  Pelancaran Program SUMUR 2016
Tempat :  Dewan Raudhah SAM Sg Hj Dorani
Masa : Isnin (01 Februari  2016)