Mei 2016

PERUTUSAN HARI GURUTAHUN 2016
TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Tempat :  Dataran Biru Sekolah
Masa : 16. Mei  2016 / 7.45 pagi.
Penyampai : Pengetua Sekolah( Pn Norafizah bt Ahmad)
Membaca perutusan hari guru yg ke 45... GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Isnin/16 Mei 2016/7.45 pagi dihadapan semua pelajar

                                   *16 MEI - SEJARAH HARI GURU*

Tarikh *16 Mei* dipilih  sebagai *Hari Guru* kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama *1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council )* telah menerima cadangan-cadangan *Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee )* sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai *Laporan Razak*, telah menjadi *Dasar Pelajaran Kebangsaan* semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru:
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1 Agenda
2014 Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
2015 Guru : Membina ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016 Guru Pembina Negara Bangsa

                              " SELAMAT HARI GURU "..

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
.SAM sungai Haji Dorani
Tempat :  Dewan dan kelas-kelas
Masa : 16- 25. Mei  2016)
Pengawasan semasa peperiksaan berlangsung
UNTUK MENDAPAT JADUAL PEPERIKSAAN.
SILA KLIK PADA LINK INI:
Jadual Peperiksaan Pertengahan tahun 2016. Tingkatan 1-5

PROGRAM ALUMNI SEKOLAH
.SAM sungai Haji Dorani
Tempat :  Dataran Biru SAM Sg Hj Dorani
Masa : Sabtu (07. Mei  2016)
Datuk Jamal Mohd Yunus perasmi majlis
Usha anak-anak muda dua puluhan, bekas pelajar sekolah ini yang di pengerusikan oleh Mohd Azmi bin Abdul Rahim. Majlis yang sungguh baik ini mendapat tajaan dari Datuk Jamal Md Yunos Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar. Ucapan beliau ada menyebutkan Majlis makan malam itu ditaja sepenuhnya oleh pihak beliau seterusnya akan menyalur bantuan sewajarnya jika ada permohonan dari pihak sekolah.
                 Majlis makan malam ini penuh simboliknya apabila tiba-tiba api eletrik padam secara tiba-tiba seluruh kawasan dan hidup semula ditengah-tengah majlis sedang berjalan. Majlis bermula pada jam 7.30 seperti yang dirancang, bacaan yassin selepas solat maghrib, solat isyak berjamaah yang di imamkan oleh tuan guru Mohd Nizam Idris. Selepas itu semua hadirin ke dewan bumbung biru untuk menjayakan majlis yang julug kali dibuat di sekolah setelah gagal dilakukan pada tahun lepas.

Susun atur ruang majlis makan malam
Suasana malam menanti ahli ALUMNI, Guru-guru dan tetamu VVIP
Hadiah kepada setiap guru yang hadir
Cenderahati ALUMNI kepada pihak sekolah
Free action ALUMNI bersama guru



Foto krnangan ALUMNI bersama guru

KRU ALUMNI

PROGRAM ISRAK MIKRAJ
.
Tempat :  Surau Raudhatus Syakirin
Masa : Jumaat (06. Mei  2016)
 Anjuran : Badan Dakwah Dan Rohani(BADAR)
 
Semua warga SAM Sg Hj Dorani di jemput HADIR.


LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KL
.
Tempat :  MAEPS Serdang, Selangor
Masa : Rabu (03. Mei  2016)
 Anjuran : Pusat Sumber Sekolah

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 sama dengan Karnival Upin & Ipin. Pesta buku di dewan sebelah dewan karnival upin ipin. Karnival upin ipin kali ni kena bayar, Main hall tiket RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak. Magic hall agak mahal, RM35 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Di antara persembahannya ialah puteri, persembahan upin ipin pim pim pom dan persembahan ultraman ribut.  Persembahan sebelah pagi bermula dari jam 11.00. Manakala persembahan belah petang pula bermula dari jam 3.00.
Tidak banyak gerai-gerai makanan dibuka dalam karnival ini. Sebagai langkah bijak bawalah makanan dan minuman dari luar.