JUN - JULAI 2021

 

Tempoh PdPR Untuk 25 Hari Persekolahan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memutuskan dimana menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan berlangsung untuk 25 hari persekolahan.

Pengumumam ini dibuat oleh Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia di dalam sidang media khas KPM selepas mengambil kira keadaan negara yang masih dilanda pandemik COVID-19 yang belum pasti bila akan berakhir.

Tempoh PdPR ini akan berlangsung selepas habis Cuti Pertengahan Tahun yang telah bermula 28 Mei hingga 13 Jun 2021 yang akan datang.



Tempoh PdPR ini akan berlangsung selepas habis Cuti Pertengahan Tahun yang telah bermula 28 Mei hingga 13 Jun 2021 yang akan datang.

Berikut merupakan tarikh permulaan PdPR bagi sekolah-sekolah di kumpulan A dan kumpulan B :

  • 13 – 16 Jun 2021 – Sekolah bagi Kumpulan A
  • 14 – 17 Jun 2021 – Sekolah bagi Kumpulan B

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Jadi selepas ini, murid akan mula bersekolah kembali tetapi hanya melalui kaedah PdPR sahaja dan tidak perlu kembali ke sekolah sehinggalah Cuti Pertengahan Penggal. Pihak KPM akan maklumkan seminggu lebih awal jika sekolah akan dibuka kelak.

SPM 2021


Jadi untuk calon SPM 2021, berikut merupakan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021:

  • Ujian Lisan & Amali Sains – Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis (Termasuk SVM setara) – Bermula Mac 2022

Untuk makluman awal, Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM 2021 akan diadakan pada Mac 2022 berdasarkan keadaan semasa iaitu melibatkan pandemik COVID-19 di negara.

Pengumuman ini dibuat oleh Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia di dalam sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung dari Putrajaya sebentar tadi.

Jadi diharapkan kepada anak-anak dan murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, diharap terus membuat persiapan dan jangan tunggu sehingga saat akhir.

Inisiatif kpd pelajar cemerlang SPM 2020
Daripada : YB Cikgu Muslimin bin Yahya 
(Ahli Parlimen Sungai Besar)
Pada : Selasa 13.7.2021

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan YB.

Pengetua sekolah dan YB Muslimin Yahya

Sumbangan berbentuk Sijil penghargaan dan wang tunai.