April 2022

HARI GURU 2022
Sambutan Hari Raya SAM Sg HJ Dorani
Untuk Semua Warga Samdo..
Semua Guru, AKP, Pembersih Kwsn dan Pengawal Keselamatan

Selamat Hari Guru & Majlis Sambutan Aidilfitri Tahun 2022
Perjalanan program di bawah pengawasan Unit Disiplin Sekolah dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 5.
Majlis berjalan dengan lancar, Di Dewan Sekolah ada persembahan dari guru, persembahan pelajar, aktiviti penghargaan kepada guru-guru SAMDO dan Nyanyian Lagu KAMI GURU MALAYSIA oleh semua Guru SAMDO.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi PIBG merangkap Penyelaras permuafakatan guru-guru Daerah Sabak Bernam, Pengetua Sekolah dan dirasmikan oleh Datuk Imran Tamrin ADUN Sg Panjang.

Majlis dikendalikan sepenuhnya oleh Pelajar-pelajar Tingkatan 5.
Majlis juga dipengerusikan oleh 2 pelajar Tingkatan 5 : Adik Noorafizah Akma binti Zamri dan Adik Nur Aida Insyirah binti Mohd Zainal



 HARI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2022
Bersemuka untuk pengesahan penerimaan

Program berlangsung pada 21.3.2022 bersamaan hari Isnin yang lalu. Syukur segalanya berjalan dengan lancar Dan teratur mengikut SOP yang ditetapkan. Program tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG
SAMSHD iaitu Tn Mohd Bakri Bin Masturi.
Tahniah kepada Penyelaras Program serta guru² yang terlibat.