FEBRUARI 2023

Aktiviti Pasca UASA 2022/2023
Program Ceramah kerjaya (Laluan ke menara gading)
Oleh Cikgu Nor Azrina dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling SAM Sg Hj Dorani.
9 Feb 2023 | Khamis

Program dibawah Unit HEM pada pagi ini telah mengadakan 2 Taklimat
menerusi Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Taklimat awal disampaikan oleh Cikgu Nor Azrina b Mohamad Azli( Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah SAMDO). Taklimat ini mendedahkan mengenai peluang pelajar-pelajar SAM Sg Hj Dorani belajar ke Timur Tengah (seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Morocco).
Seterusnya menunjukkan aliran-aliran yang ditawarkan disana, sambil menunjukkan bagaimana cara mendaftar diri dan syarat-syarat yang perlu ada untuk dipenuhi dan dipatuhi.
Sesi taklimat Disiplin dan salahlaku disampaikan oleh Ust Mohd Ghazali (Unit Disiplin), taklimat menekankan beberapa perkara penting kepada semua pelajar. Seterusnya menjelaskan berkenaan kepentingan mengisi Modul Pengurusan Murid - bahagian SSDM.
Tahniah kepada guru dan pelajar yang mengikuti taklimat ini.

Aktiviti Pasca UASA 2022/2023
Program Ceramah Pendidikan Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Oleh AADK Cawangan Sabak Bernam.

Program dimulakan dengan sesi Ceramah yang disampaikan oleh : En Azlin Nor Hamimi diikuti dengan Slot Kuiz kepada semua pelajar. Banyak perkongsian menarik dikongsikan.
Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada wakil AADK oleh Tn Hj Mohd Zailan Bin Arshad selaku PK Pentadbiran. Pengisian sangat baik dan bermanfaat buat para pelajar dan guru.
Tahniah JK Pelaksana yang menyusun program ini.



Aktiviti Pasca UASA sesi 2022/2023
7 Feb 2023 | Isnin
Ting 1- Ting 4
Telah berlangsung Bengkel Tilawah Al-Quran bersama para pelajar dan guru disurau Raudhatus Syakirin. Ceramah yang disampaikan oleh YBhg Ust Ghazali Omar bermula jam 8.00 pg - 10.00 pg itu telah menerangkan beberapa perkara antaranya bacaan-bacaan khilaf didalam Al-Quran mengikut bacaan riwayat Hafs. Ceramah diakhiri dengan penyampaian Sijil dan Cenderahati oleh Ustaz Mohamad Ghazali.
Terima Kasih kepada semua guru dan pelajar yang mengikuti Bengkel ini.

Seminar Teknik Menjawab LAM SPM
7 Feb 2023 | Isnin
Ting 5 SPM

Aktiviti Pasca Imtihan
Ceramah bertajuk :
Adab Dulu Baru Ilmu
Disampaikan oleh: YBhg. Ustaz Ahmadi Abas
Mantan PK Pentadbiran SBPI Sabak Bernam
2 Feb 2023 | Khamis

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Persaraan wajib Cikgu Norsiah bt Saberi
1 Februari 2023 | Rabu |
Kami Warga SAMSHD mengucapkan selamat bersara buat Cikgu Norsiah Bt Saberi. Didoakan semoga cikgu terus diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih juga buat Dato' Imran Bin Tamrin ADUN Sg Panjang bekas anak didik Cikgu Norsiah memberi sedikit sumbangan peribadi bagi menjayakan program ini.