PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2014
=Selasa 31/12/2014=
Sebelum cuti akhir tahun persekolahan 2013, semua pelajar telah diberi surat mengenai bayaran yuran dan sebagainya. Ibubapa/penjaga boleh merujuk surat tersebut untuk membuat pembayaran awal bagi mengelak kesulitan dan menjamin keselesaan anak belajar.
Di sini pihak kami paparkan semula maklumat bayaran tersebut :
Pihak Pengurusan sekolah telah memutuskan bahawa sekolah akan dibuka seawal 02 Januari 2014 bersamaan pada hari Khamis. Pelajar baru 2014, terutama tingkatan satu akan diperkenalkan dengan kelas masing-masing, bilik-bilik khas dan perkara-perkara berkaitan juga sekitar sekolah SAM Sg Hj Dorani.
Pada hari tersebut semua pelajar diwajibkan datang seperti biasa. Semua pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 pada masa tersebut dikehendaki membuat persiapan awal persekolahan 2014. Semua pelajar mesilah bersedia dengan suasana pembelajaran 2014 secara kondusif dan persediaan yang sempurna pada semua prasarana, sahsiah, fizikal dan mental.
Pada hari Khamis dan Jumaat 02-03 januari PdP berlaku seperti biasa, semua pelajar mesti sempurna dengan buku teks yang cukup, ada kelas yang bersih ceria, kerusi dan meja yang baik. Konsepnya ialah Satu murid mesti ada satu kerusi dan satu meja juga mempunyai kelas.
" TAHUN 2014 ADALAH LEBIH BAIK DARI TAHUN 2013"