PERTANDINGAN KAMIL
Peringkat Sekolah - SAM Sg Hj Dorani
Khamis - 27. Feb. 2014
Kain Rentang/Warwaran KAMIL 2014 |
SAMDOR - Antara kemeriahan warga SAMDOR dan tangungjawab terhadap Jabatan, Kementerian, Ibubapa seterusnya pelajar-pelajar. Pihak sekolah mengadakan secara tahunan dan berkala. bagi tahun 2014 ini, Jabatan telah mengedar Jadual KAMIL kepada sekolah-sekolah. Pihak sekolah mesti bergerak secara pro-aktif mesti menjalankan mengikut jadual.
Di SAMDOR ini KAMIL diserahkan kepada KB Azhari Us Mohd Ghazali Abd Rahim. Dengan peruntukan yang terhad, beliau mengadakan perjumpaan peringkat tertinggi dan mengadakan mesyuarat diperingkat perlaksanaan bersama AJK pelaksana beberapa kali.
GURU GANTI
Berucap sebagai perkenal diri di Bumbung Biru.
Isnin - 24. Feb. 2014
Nurfa'izatul Husna bt Ahmad |
Guru baru menggantikan Pn Nurhazirah yang
sedan g cuti bersalin iaitu Nurfa'izatul Husna bt Ahmad.
Berusia 24
tahun. Mendapat pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Teknik Nilai Negeri Sembilan. Pengkhususan pengajian dalam Matematik.
Selamat datang Cik Husna ke SAMDORANI.
.
KURSUS ASAS KEMAHIRANPINGPONG
Kolej Komuniti Sabak Bernam
( Sabtu - 22. Feb. 2014 ) dan ( Sabtu-12. April 2014 )
Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam
perkhidmatan yang ditawarkan, ada kursus asas kemahiran pingpong 2014.
SAM Sg Hj Dorani memilih untuk mengisi peluang tersebut, dan wakil pihak
sekolah cikgu Yusliza Yusuf merangkap ketua jurulatih pingpong berjaya
mencapai kata sepakat dengan pihak Kolej iaitu tarikh 22. Feb dan 12.
April 2014 dipilih sebagai tarikh latihan/kursus tersebut. Padang
permainan yang selengkapnya dan pengangkutan disediakan oleh kolej
komuniti tanpa bayaran. Pihak sekolah melalui , cikgu Yusliza binti
yusof telah memilih dan mengenalpasti peserta-peserta seramai 20 orang.
Mereka dipilih secara rawak dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima,
beliau terus menamakan pelajar-pelajar berminat dan dihantar kepada
pihak Kolej tersebut.
Sesi pertama pada pagi Sabtu 22. 2. 2014 sebuah bas telah sampai ke
perkarangan SAMDOR untuk membawa atlit/peserta yang tersenarai. Semua
peserta hadir dan mereka seharian disana, berlatih dan mengambil
pengalaman dalam sukan pingpong teknik juga tektik bermain dan berlawan.
Mereka ditunjukajar oleh fesilitator berpengalaman bermula dari cara
memegang bad dengan betul, kedudukan bad ketika mula servis, kedudukan
bad waktu menerima bola, posisi sesuai sehinggalah membuat bola
pusing/skru tektikal dan menampan bola smash. Hadir dalam latihan
tersebut beberapa orang guru SAMDOR diketuai oleh cikgu Yusliza sendiri.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014Semangat dan kesunguhan peserta. |
Dewan Utama Sekolah
Dirasmikan oleh: En Muslimin bin Yahya
SU kanan Timbalan Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Dirasmikan oleh: En Muslimin bin Yahya
SU kanan Timbalan Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Sabtu - 15. Feb. 2014
SAMDOR-
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2014. Majlis dibuat pada waktu
pagi iaitu selepas motivasi ibubapa oleh us. Hafizzuddin bin Kadir,
Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Besar. Majlis perasmian
ini dipengerusikan oleh Pn. Khairiah binti Talib-GPM dan En Mohamad
Zaki bin Hasim -SUP. Tuan Haji Muslimin bin Yahya merasmikan Mesyuarat
agung 2014 bagi mengantikan YB Noriah binti Kasnon Parlimen Sabak Bernam
yang tidak dapat hadir atas tugas rasmi yang lebih penting.
Kehadiran ibubapa dalam majlis perasmian ini amat membanggakan iaitu 49
bapa dan 145 ibu. Mereka menunggu dari jam 8.00 pagi sehingglah majlis
dimulakan pada jam 8.45 pagi. Ceramah Motivasi bertajuk "TANGGUNGJAWAB
IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK". Majlis diteruskan dengan Majlis
perasmian. Dimulakan dengan ucapan Pengerusi PIBG En. Bakri Masturi,
diikuti dengan ucapan Pengetua Sekolah kemudian Ucapan aluan dan
perasmian. Sebelum majlis berhenti rehat ke sesi mesyuarat Agung,
Persembahan nasyid anak-anak SAMDOR dengan membawakan dua lagu.Selepas
itu, penyampaian Hadiah dan cenderahati kepada semua AJK PIBG 2013 yang
bertungkus lumus berkhidmat sepanjang tahun.
Pihak sekolah dan PIBG telah sepakat untuk membaikpulih kerosakan
prasarana sekolah ini dengan kos penyelengaraan sebanyak RM10,000.00.
Namun ucapan Wakil YB Dato Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.Merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.
En Muslimin bin Yahya mengumumkan akan memberi bantuan kewangan kepada
pihak sekolah sebanyak RM3,000.00 Sahaja. Namun Pengetua sempat
menyerahkan kertas kerja 13 projek SAMDOR yang memerlukan dana agak
besar untuk dipanjangkan kepada YB Noriah binti Kasnon.
Mesyuarat
Agung PIBG 2014 terus dijalankan selepas itu. Banyak perkara berbangkit
dibahaskan secara positif dan mahabbah, seperti Wakaf Intizor untuk
kemudahan ibubapa, menurap batu diparking kenderaan pelajar dan
sebagainya.
Namun
di sesi cadangan/usul pula, banyak perkara dibincangkan antaranya tempat
meletak kenderaan berbumbung/dalam garaj, tempat khas untuk buku-buku
pelajar di kelas, cadangan agar guru melepaskan pelajar tepat pada
masanya, mendenda pelajar untuk mengajar tanpa berlebih-lebihan dan
sebagainya. Sebelum majlis penutupan Mesyuarat agung ini, diadakan 30
cabutan bertuah berbentuk barang dapur kepada ibubapa dan guru yang
setia menunggu sehingga berakhirnya majlis ini secara rasmi.
MOTIVASI PMR
Oleh: Ustaz Abdul Muiez bin Rosli
(Mahasiswa Peringkat M.A Kaunsling USIM)
dan Kumpulan Alumni SAMDOR
Tentatif :
Slot 1 : Sesi pemanas badan bersama Ustaz Abdul Muiez
Slot 2 : Aliran Sains Tulen. Seronok Ke? - Atifah Husna Mohd Zailan
Slot 3 : Apa Ada Dengan SMA - Shira Shahira Sairan
Slot 4 : Tamhidi. Apa Tu? - Nor Umaimah Suhaimi
Slot 5 : USIM. Macam Best Aje - Ismi Noorasiah
Slot 6 : Seronok Tak Main Salji Di Jordan? Muhammad Faez Al Fitri
Slot 1 : Sesi pemanas badan bersama Ustaz Abdul Muiez
Slot 2 : Aliran Sains Tulen. Seronok Ke? - Atifah Husna Mohd Zailan
Slot 3 : Apa Ada Dengan SMA - Shira Shahira Sairan
Slot 4 : Tamhidi. Apa Tu? - Nor Umaimah Suhaimi
Slot 5 : USIM. Macam Best Aje - Ismi Noorasiah
Slot 6 : Seronok Tak Main Salji Di Jordan? Muhammad Faez Al Fitri
WAKAF INTIZOR
Terutama untuk kegunaan Ibubapa/Penjaga
KEJOHANAN MEMANAH
Peringkat Daerah & Negeri
Khamis - 14. Feb. 2014
Tersenyum peserta memanah SAMDOR bersama pencapaian masing-masing |
PENCAPAIAN SUKAN SAM SUNGAI
HAJI DORANI MEMBANGGAKAN
Setelahmengharungiseparuhdaripadajadualkejohanan
MSSD SabakBernam, pencapaian SAM
Sg Hj Dorani bolehlah dibanggakan walaupun ada sedikit kemerosotan berbanding tahun lalu.Berikut adalah kejohanan
yang telah disertai oleh atlet SAM Sg Hj Dorani dan keputusannya
Kejayaan Pasukan
memanah dan seorang atlet merentas desa dapat menebus kekecewaan pasukan Ping
Pong dan catur. Diharap atlet dan pegawai
pasukan tidak putus asa dan terus berlatih sepanjang tahun untuk merebut kembali
kejuaraan tahun akan datang.
Perjuangan atlet SAM Sg Hj Dorani belum
terhenti kerana beberapa acara sukan belum dipertandingkan. Antaranya,
KEJOHANAN PINGPONG
Peringkat Daerah
Rabu dan Khamis - 13&14. Feb. 2014
PELANCARAN NILAM 2014
Isnin - 10. Feb. 2014
Majlis Pelancaran NILAM 2014 |
SAMDOR- Majlis
Pelancaran Nilam diadakan pada pagi Isnin 10 Februari 2014, setelah
selesai penyerahan watikah perlantikan pengawas pusat sumber 2014.
Majlis Pelancaran ini adalah hasil idea serta usaha gigih GPM Ustazah
Khairiah binti Talib dalam merangka dan mendrafkan pelancarannya supaya
berjalan lancar tanpa ganguan.
Didalam majli ini, GPM memberikan penjelasan dan tafsiran yang tersurat
dan tersirat program NILAM. Mengikutnya, Nadi Ilmu Amalan
Membaca(NILAM) bermatlamat : supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan
murid kerana menbaca adalah jambatan ilmu. Orang yang bertamadun adalah orang yang membaca.
Majlis pelancaran ini juga disempurnakan 0leh Pengetua Sekolah sambil
disaksikan oleh PK Kurikulum, PK HEM, PK KoKurikulum, ketua-ketua
bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir. Penyelaras program
nilam 2014 ialah Cikgu Norsiah binti Sabri.
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS
(Sekolah dan Pusat Sumber)
Isnin - 10. Feb. 2014
SAMDOR-Majlis perlantikan
Pengawas sekolah 2014 dan Pengawas pusat sumber berjalan serentak.
Bermula dari Watikah perlantikan pengawas pusat sumber sekolah yang
dipengerusikan oleh Guru Perpustakaan dan Media(GPM) Pn Khairiah binti
Talib. Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua sekolah Pn. Hjh Khodijah
binti Dardi.
Pengawas pusat sumber yang menerima watikah perlantikan terebut seramai
26 orang pelajar putera dan puteri.
Lantikah baru 2014 adalah seramai 10 orang pelajar sebagai mengantikan
kekosongan jawatan pengawas pusat sumber. Pengambilan baru 2014 dibuka
satu minggu dari 04 - 07 Nov 2013, sesi temuduga juga sudah dilaksanakan
pada 8 Nov 2013. Lantikan ini dibuat bagi mengantikan pengawas yang
berpindah keluar atau tamat pengajian di SAM Sg Hj Dorani dan melanjut
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada
hari yang sama iaitu selepas watikah perlantikan pengawas pusat sumber.
Giliran untuk Watikah perlantikan Pengawas Sekolah 2014.
Majlis ini di pimpin oleh Cikgu Afif dan disempurnakan oleh Pengetua
Sekolah Pn Hjh Khodijah binti Dardi. Bagaikan tentera yang berbaris rapi
begitulah barisan Pengawas sekolah lakukannya. Kehebatan pengawas
sekolah SAM Sg Hj Dorani terletak pada disiplinnya, ketegasannya,
keperibadiannya, pelajarannya, kewibawaannya juga keterampilannya.
Selepas menerima watikah perlantikan, mereka menunjukkan taat setia menjalankan amanah dan
tugasan sebagai pengawas sekolah. Mereka sama-sama mengangkat tangan
berirar dihadapan semua guru dan semua pelajar SAM Sg Hj Dorani akan
memunaikan segala tugasan secara adil dan penuh
tanggungjawab.
tanggungjawab.
PELANCARAN SUMUR
(Sahsiah Unggul Murid)
Isnin - 03. Feb. 2014
SAMDOR-Majlis pelancaran diadakan di Dataran Biru dan
disempurnakan oleh Pengetua SAM Sg Hj Dorani. Dalam perhimpunan rasmi
sekolah bermula jam 7.20 pagi, Ustaz nazrol sebagai setiausaha Program
SUMUR 2014 sempat melancarkan dengan rasminya program sumur. Memetik
ucapan ringkasnya, empat teras utama amat dititik beratkan iaitu berbudi
bahasa, mutadayyin, penampilan diri dan jati diri. sebagaimana risalah
yang diedarkan pagi itu.
Di
dalam ucapan pengetua sebelum merasmikan program ini, beliau
menjelaskan bahawa semua pelajar wajib mencapai matlamat secara optimum,
program ini amat bererti serta bernilai bagi semua pelajar. Objektif
yang jelas memartabatkan diri menjadi seorang yang beriman, bertakwa,
bermoral, berdaya juang dan berdaya saing.
Ustaz Nazrol Marudi |