JANUARI 2014


 


PERARAKAN MAULID AR RASUL SAW
Peringkat sekolah dan Daerah
Jumaat - 24. Jan. 2014

Bergambar kenangan bersempena Sambutan Maulidurasul peringkat Daerah Sabak Bernam.
Johan perarakan dan naib johan sepanduk.
 

Penyertaan SAMDORANI dalam Perarakan Majlis sambutan maulidur rasul peringkat daerah sabak bernam yang diadakan di Tongak 10 pekan Sg Besar. Perarakan tersebut bermula dari dataran Tongak sepuluh ke arah Bank Islam, Arked Man, Pustaka Chew, Tabung Haji dan berakhir di Masjid Makmuriah. Alhamdulillah syukur, Kontinjen SAMDORANI antara yang paling menyerlah, teratur, berdisiplin dan gagah bagai tentera berkawat. Akhirnya dinobatkan sebagai Johan kategori perarakan dan perbarisan sambutan Maulidurasul peringkat Daerah Sabak Bernam. dan Naib Johan kategori sepanduk Sambutan Maulidurasul peringkat daerah Sabak Bernam. 
TAHNIAH.. TAHNIAH... TAHNIAH
Pada hari Jumaat yang lepas, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis telah berlangsung bermula dengan perarakan firqah dan disusuli dengan ceramah oleh Ustaz Abdul Halim.

Perarakan Majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada jumaat 17.01/2014 yang diadakan dari Dataran Biru sehingga ke musolla SAMDORANI Sg Besar.

 

Pemenang Maulidur Rasul 2014

 


MOTIVASI KEPIMPINAN
Anjuran Kolej Perindu UITM Shah Alam


Program Motivasi Kepimpinan anjuran Kolej Perindu UITM Shah Alam hari ini Rabu 22/01/2014, khas untuk pelajar Tingkatan 5 SAMDORANI.
Penyertaan positif  tingkatan 5


MENERIMA SATU SET KOMPUTER
Sumbangan sebuah komputer kepada pihak sekolah. Alhamdulilah...

"Terima kasih daun keladi " YB Budiman Adun Pasir Panjang.

Pada hari Jumaat 17hb. Jan. 2014 - dalam perhimpunan pagi, SAMDORANI telah mengadakan majlis penerimaan satu set komputer dari YB Budiman Adun Pasir Panjang. Pihak sekolah memutuskan untuk meletakkan komputer ini untuk kegunaan pentadbiran sekolah.

LARIAN MERENTAS DESA
Peringkat sekolah dan Daerah

 

 






Pihak sekolah mengadakan latihan dan pemilihan atlit untuk menyertai larian rentas desa peringkat daerah pada Rabu 22/01/2014. Pemilihan rentas desa sekolah diadakan pada Khamis 16/01/2014, Beberapa orang pelajar disenarai dan layak di bawa ke peringkat daerah.
Photo: Satu lagi kebanggaan Samdorani.. Tempat ke 12 dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah Sabak Bernam yang diadakan pada 23 Jan 2014 / Khamis.
Saiful Aizamudin bin Che Omar 3DS.
WARGA SAMDORANI BANGGA DENGAN MU...

 Alhamdulillah, pemilihan yang tepat.. tahun 2014 sejarah buat SAMDORANI. Satu lagi kebanggaan Samdorani.. Tempat ke 12 dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah Sabak Bernam yang diadakan pada 23 Jan 2014 / Khamis. Saiful Aizamudin bin Che Omar 3DS.
WARGA SAMDORANI BANGGA DENGAN MU..


SMA 2013

Keputusan SMA SAMDORANI 2012

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta. Beberapa hari lalu telah diumumkan keputusan SMA 2013 bagi pelajar SAM Sungai Haji Dorani. Biarpun masih ada pelajar gagal namun bukan bererta mereka kecundang tetapi saya kira ia sudah cukup baik kerana berani menduduki peperiksaan menggunakan format baru itu.
Banyak faktor yang menjadikan pelajar gerun malah ada yang bertukar sekolah/berpindah.
Antaranya ialah :
 1. Silibus baru - 
Guru terpaksa bermula dari awal kerana silibus yang digunakan adalah silibus baru.Guru terpaksa membuat nota baru, mencari maklumat baru, ulangkaji baru dan segala-galanya baru.

2. Sukar meramal soalan 'spot' - 
Bila mereka menjadi kelompok pertama, ini bermakna kebarangkalian untuk semua tajuk masuk adalah tinggi.

Walau bagaimanapun SAMDORANI berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya walaupun semua matapelajaran menggunakan bahasa arab, Satu permulaan yang baik.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Secara keseluruhan pelajar SAMDORANI memperolehi
Jayyid Jiddan : 06 orang
Jayyid : 18 orang
Maqbul : 27 orang
Rasib : 16 orang
GPS : 3.60

 SAM Sg. Hj. Dorani mendapat tempat ke 4 dari 7 buah sekolah SABK dalam daerah Sabak Bernam dalam keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2013.selepas SAMPP, SAM BT38 dan SAM BT1,

  SUAIKENAL PELAJAR BARU 2014

= Tingkatan 1 =

 Liyana Nurut, Atifah Husna Mohd Zailan dan Syafiqah Amira Ismail
Terima kasih semua
 Kerah tenaga fizikal dan mental untuk orientasi Tingkatan satu tahun 2014. Modus Operandi di Dewan sekolah seterusnya semua kawasan sekolah. Objektif : Mengenal SAMDORANI secara dekat. 

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

 - VLE FROG Kali 1/2014

Pembuka tirai 2014, pada sabtu 4 jan 2014, guru-guru SAMDORANI telah diberi suntikan semangat dalam slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Slot ini telah disampaikan oleh En. Mohd Afif bin Ismail. LADAP diadakan di Dewan Mesyuarat Sekolah(SAMSHD).

Semua guru hadir dalam LADAP ini kerana keperihatinan dan sedar tugas sebagai guru, selain itu VLE FROG sangat diperlukan dalam PdP sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM. Slot selama 2 jam ini banyak menyentuh mengenai Dashboard guru, menyimpan nota di claud dan memberi serta menyemak tugasan kepada pelajar. Kesedaran mengenai peranan seorang guru dalam profesion pendidikan dan tanggungjawab guru kepada anak didik.

Ceramah yang disampaikan secara santai dan amat menarik dengan contoh-contoh yang ada serta lebih kepada perbincangan. LADAP ini amat berkesan sekali kepada kami guru-guru. Masa selama 2 jam amat pantas berlalu. Jika diberi peluang dan kesempatan, pasti kami inginkan LADAP sebegini yang boleh memberi motivasi kepada mutu pendidikan agar sentiasa berintergriti dalam melaksanakan dasar pendidikan negara.

Kami pihak guru amat mengharapkan supaya pihak pentadbiran sekolah mengadakan lagi LADAP -2 kerana masih ada kemuskilan menggunakan VLE FROG yang belum 100% difahami. 

Guru Berkualiti
Anak Murid Terdidik
Negara Pasti Akan Maju

PMR 2013
http://samdorani.blogspot.com/2013/12/keputusan-pmr-2013-khamis-19dis-2013.html


MESYUARAT KALI-1/2014
 http://samdorani.blogspot.com/2013/12/tarikh-mesyuarat-guru-kali-1-samdorani.html


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014
http://samdorani.blogspot.com/2013/12/selamat-kembali-ke-sekolah-2014_2706.html