April 2014


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 (PBAKL 2014)

Hari/Tarikh :  Rabu - 30. April. 2014 )
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur, Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL  2014) kali ke-33 akan diadakan pada 24hb April – 4hb Mei 2014, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.
            Kali ini PBAKL 2014 bermula pada hari Khamis, bukannya pada hari Jumaat seperti kebiasaan tahun-tahun lepas. Satu lagi perkara yang menggembirakan, PBAKL 2014 akan berlangsung selama 11 hari. Pesta buku merupakan antara karnival yang paling popular khususnya di negara ini dimana orang ramai boleh mendapatkan bahan ilmiah pada harga terendah atau promosi.
Bas yang sudah di tempah untuk lawatan ini.
             Pusat Sumber SAM Sg Hj Dorani tidak ketinggalan akan mengadakan Rombongan pada hari Rabu bertarikh 30hb. April 2014. Tarikh cadangan ini telah disepakati oleh pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha bas. Pn Khairiah Binti Talib sebagai Guru Media Sekolah ini dibantu oleh Cik Rosniyati binti Bani berusaha membantu pelajar sekolah ini ke Pesta Buku Antarabangsa tersebut secara lebih selesa dan teratur.
Setakat ini pihak penganjur membuka kepada semua pustakawan sekolah dan semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 yang berminat dengan kadar bayaran sebanyak RM25.00 seorang( Tambang Bas dan sarapan pagi sahaja). Penyertaan dibuka sehingga 25hb. April 2014. Namun penyertaan awal akan diberi keutamaan. Pihak penganjur sudah menempah dua buah bas untuk digunakan sebagai pengangkutan kesana.
             Para pelajar akan diberitaklimat ringkas didalam bas mengenai pesta buku dan perjalanan peserta sepanjang berada disana. Pengiring lawatan ini ialah Ustazah Khairiah GPM, Cik Rosniyati Bani(Pembantu Makmal), Ustaz Fadhli, Cikgu Zaki, Ustazah Salwa, Cikgu Rokiah dan Ustazah Adibah Adul Aziz.

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SAMDOR 2013

Hari/Tarikh :  Sabtu - 26. April. 2014
Tempat : Dewan Besar Sekolah





Memo Mesyuarat kali 2
  
KURSUS ASAS KEPIMPINAN
Pengawas PSS & PRS
Tempat : Sg. Limau Resort, Sg. Besar Selangor.
Anjuran : PSS dan unit Kaunsling - Tajaan : PIBG.
Jumaat dan Sabtu - 25-26. April. 2014 
Promosi Resort di Sg Limau Sg Besar Selangor.

Resort Ala Kampong
Resort Mewah 5 bintang
Suasana dalam bilik di salah satu resort disini
shd - Pihak sekolah telah mendapat kata sepakat dalam rundingan meja bulat bersama PIBG bahawa Pengawas PSS bersama AJK Pembimbing Rakan Sebaya perlu diadakan Kursus Khas Kepimpinan.
         Permuafakatan dibuat hasil rungutan Ibubapa/penjaga yang disampaikan melalui YDP PIBG sendiri En. Mohd Bakri bin Masturi. Mengambil kira masalah kos yang perlu ditanggung pelajar, pihak PIBG sekolah berbesar hati menjadi sponsor atau penaja kursus ini. Namun begitu, Pihak PIBG akan memyalurkan sumbangan tersebut setelah menerima kertas kerja yang lengkap dari pihak sekolah.
         Semua urusan sepanjang kursus ini adalah dibawah tanggungjawab Unit Kaunsling Pn Yusliza Yusuf dan Unit Pusat Sumber Pn. Khairiah binti Talib.

MAJLIS IKHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH
(MISS)
Tempat : SAM Pasir Panjang Sekinchan Selangor
Anjuran : KPM
Khamis - 24hb. April. 2014
Mohamad Amirul Hakim Azmani(SAMDOR) - Johan kuiz Ilmu Wahyu Negeri Selangor
Naib Johan Syarahan Bahasa Arab


PERTANDINGAN KAWAT KAKI
PAKAIAN SERAGAM
Tempat : Dataran Stadium Sg. Besar. Selangor.
Anjuran : PPD Sabak Bernam Selangor
 Khamis - 24hb. April. 2014

Pasukan Kadet  Polis

Antara Juri/Hakim pertandingan

Tunas Remaja Sekolah

Pasukan JPAM SAMDORANI

Anggota Platun Terbaik Sabak Bernam

Anggota JPAM SAMDORANI.



PROGRAM SERENTAK SELANGOR
(JOM MEMBACA 10 Minit)
jam : 10.00 - 10.10 pagi.
Tempat : Sekitar SAM Sg Hj Dorani Selangor
Anjuran : JPN Negeri Selangor
Selasa - 22hb. April. 2014
Pentadbir(Pengetua dan PK1) - Mengetuai bacaan.

walau sedang bertugas- amalan membaca dibudaya.

dikelas bersama guru

waktu santai atau rehat



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UM
Tingkatan 5
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Anjuran : Unit Kaunsling 
Selasa - 22. April. 2014 

Bas Ainna Travels... Insy Allah Selamat.
 SHD - Unit Kaunsling meneruskan aktivitinya dengan mengadakan lawatan ke Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan pelajar dengan alam pembelajaran selepas SPM nanti. " Selangkah ke Menara Gading" itu antara slogan yang dibawa unit kaunsling, dengan harapan para pelajar ada matlamat belajar dan lorong perjalanan selepas SPM nanti. " Semarak Cinta Ilmu" juga biasa kedengaran bagi para pelajar memahami dan mendalami serta tahu nilai dan kedudukan ilmu dalam diri masing-masing. Banyak lagi kata bimbingan dan perangsang supaya pelajar tahu perjalanan hidup mereka terutama dalam pelajaran dan masa depan.
info UM:
University of Malaya
Jalan Pantai Baharu 59990 Kuala Lumpur MALAYSIA
Tel: +603-2246 3600
Fax : +603 -2617 3110
Website : http://www.um.edu.my/index.php
 
         Dalam Lawatan ini disyaratkan ada 4 guru pengiring ( 2 Lalaki dan 2 Perempuan ), Selain Kaunselor cikgu Yusliza 3 guru yang diminitkan untuk lawatan ini ialah cikgu Rafiee, Ustaz Khairuddin dan cikgu Muzeta Dini. Namun atas sebab-sebab tertentu pihak penganjur menukar guru pengiring kepada cikgu Zaki, Ustaz Anuar (sedang menulis untuk Master Degree di UM) dan cikgu Nazatul Shima.

PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI 2014
Hari/Tarikh :  Jumaat - Sabtu - 19-20hb. April. 2014
Tempat : SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI (SAM BBST)
Sepang Selangor.
Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor. SAM Sungai Haji Dorani ingin menempa nama di persada negeri, Acara musamarah sekolah SAMDOR yang digeruni dan menjadi bualan diperingkat zon 1, dipertandingkan diperingkat negeri pula.

          Guru pembimbing ustaz Nazrol dan Ustazah Salwa amat perihatin dan bersungguh-sungguh tidak mengenal jemu, siang atau malam mesti datang dengan semangat juangnya, begitujugalah dengan peserta-peserta musamarah. Walaupun tajuk dan teks agak lewat diterima namun semua peserta sangat berusaha menghafalnya bersama gaya lintuk tari musamarah. Hasil bimbingan guru di makmal komputer, di Musolla sekolah, dibilik Mesyuarat, di kantin, di Makmal KHB, di Astaka Padang sekolah dan di Dewan sekolah. Mereka gunakan semaksimumnya bila ada kekosongan. Walaupun semasa itu ada kejohanan bolasepak MSSD dan SAMDORANI menjadi tuan rumah, padang sekolah diguna namun latihan musamarah berjalan seiring tanpa menghiraukan atau terganggu dengan sukan tersebut.
       Peserta Musamarah bersama guru pembimbing bertolak ke SAM BBST pada hari Khamis petang menggunakan bas Ainna Travel.


       

KEJOHANAN BOLAJARING dan BOLATAMPAR
 MSSD 2014
Hari/Tarikh :  Rabu - 16hb. April. 2014 
Tempat : Padang Bolasepak SMK Seri Bedena, Pekan Sg Besar.



Squad Bolatampar SAMDOR -  Johan Zon 1 (2013 dan 2014)
Kejohanan bola tampar MSSD Sabak Bernam telah diadakan di SMK Seri Bedena dari 14-17 hb April yang lalu. Beberapa sekolah telah menghantar kontinjen mereka dan ramai yang maklum bahawa sukan ini dikuasai oleh kaum Cina.
SAM Sungai Haji Dorani telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Pasukan perempuan kalah di peringkat kumpulan manakala pasukan lelaki telah menjadi johan bola tampar bawah 15 tahun. Yang lebih menggembirakan, pasukan bola tampar ini telah menjadi johan buat kali kedua berturut-turut. Terima kasih kepada semua jurulatih iaitu Cikgu Rafie, Cikgu Amzari dan Cikgu Dayang Sofia yang telah melatih pasukan ini berjaya menjadi johan.
KEJOHANAN BOLASEPAK MSSD 2014
Hari/Tarikh :  Isnin - Jumaat - 14-18hb. April. 2014
Tempat : Padang Bolasepak SMKASL, SAMDOR, IPD Sg Besar
dan Stadium Sg Besar.

SAM SHD - Persediaan untuk menjayakan kejohanan ini telah diurus rapi setelah mendapat arahan PPD bulan lepas. Kendalian kejohanan SAM Sg Hj Dorani sebagai tuan rumah/Urusetia tahun 2014 ini. Dibawah pimpinan GPK KoKurikulum Hj Zailan Arshad, dibentuk jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja seterusnya bermesyuarat dan membuat beberapa perjumpaan bagi melancarkan perjalanan kejohanan ini.
         Bahagian pengurusan padang telah digerakkan tiga minggu lebih awal diikuti bahagian promosi dan pengiklanan, bahagian pengurusan pengadilan dan perjalan kejohanan turut dirangka awal dan ditaklimatkan. Bahagian Hadiah, Makanan, Ubat ubatan, bantuan luar seperti JPAM, Bahagian majlis perasmian penutup kejohanan dan dokumentasi turut diambil perhatian.
         Kejohanan Bolasepak MSSD 2014 berjalan lancar dengan bantuan semua pihak yang terlibat. Kategori yang ditawarkan ialah terbuka bawah 15 tahun dan terbuka bawah 18 tahun. Penyertaan pasukan setakat ini SMK Simpang Lima, SMK Munsyi Abdullah, SMK Dato Mustaffa, SMK Yoke Kuan, SMK SUA, SMK Bagan Terap, SMK STARP, SMK Seri Bedena, SMK Sg Besar, SBPI dan SAM Sg Hj Dorani, SAM Muhammadiah, SAM Bt 38, SAMTAJ dan SAMPP.
        

KURSUS LANJUTAN KEMAHIRAN PINGPONG
Kolej Komuniti Sabak Bernam
( Sabtu - 12. April. 2014 )

Kolej Komuniti Sabak Bernam yang menawarkan kursus asas kemahiran pingpong siri 1/2014 bertarikh 22. Feb. 2014. Pihak kolej sekali lagi menjemput pelajar SAM Sg Hj Dorani untuk mengikuti kursus ini iaiti siri 2/2014. Pihak sekolah akan menghantar pelajar yang mengikuti siri 1 untuk menyambung kursus ke siri 2 ini. Kursus ini akan diurus oleh ketua persatuan pimpong sekolah cikgu Yusliza Yusuf yang juga merangkap sebagai  ketua jurulatih pingpong sekolah. Bersama-sama beliau ialah ustaz Mohd Ghazali bin Abdul Rahim, cikgu Nor Atiqah binti Mahayuddin dan ustaz Mohd Khairuddin bin Salihin.
           Mengikut sumber pasti yang dikeluarkan oleh cikgu Yusliza kursus siri-1, pihak kolej mengajar dan menekankan teknik serve dan seumpamanya, Namun dalam siri-2 ini pelajar akan diajar teknik Smash dan shot bola dan seumpamanya. Jadual kursus akan diserah semasa pendaftaran oleh pihak kolej tersebut.

Post-Mortem Peperiksaan Awam SPM 2013
Lokasi : Bilik Mesyuarat Sekolah.
Tarikh/Masa : Rabu - 09. April. 2014 /jam: 3.00 - 5.00pm


Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)
Lokasi : Persekitaran Sekolah.
Masa : 07 - 30. April. 2014 
Tema :
"BULAN BENCI DARIH"

 Anjuran bersama unit Kaunsling dan unit PPDa sekolah, merancang melaksanakannya pada bulan april ini. Sepanjang bulan tersebut pihak kaunsling dan PPDa telah merancang dan merangka program-program berbentuk ilmiah dan aktiviti out-door. Walaupun program ini akan bertembung dengan program sekolah yang lain seperti MTQ daerah Sabak Bernam, KAMIL peringkat Zon1, Program permata pintar, Kawat Kaki unit beruniform dan lain-lain, secara amnya program ini mesti berjalan.
             Pada tahun 2014 ini, tema yang dipilih ialah Bulan Benci Darih yang bermaksud kami benci Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV dan AIDS. Jika tahun sebelum ini tema Belia Benci Dadah namun tahun 2014 tema ini makin menyeluruh kami mesti benci semua bentuk dadah dan seumpamanya.
             Di SAM Sg Hj Dorani Program ini akan di laksana oleh Pn Yusliza Yusuf (Kaunselor sekolah) dan Cikgu Amzari Saiman (Penyelaras PPDa).

PERTANDINGAN KAMIL ZON 1
Peringkat Sabak Bernam - SAM Muhammadiah Batu 1 Pekan Sabak.
Sabtu - 05. April. 2014 


shd - Setelah pihak sekolah memilih calon sesuai dalam KAMIL peringkat sekolah pada Khamis 27hb. Feb. 2014. Pihak sekolah dengan yakinnya menghantar wakil-akil terpilih ke peringkat Daerah pula. Semua acara yang dipertanding dalam KAMIL pihak sekolah sertai.

Jadual Pertandingan.
          Dengan berbekalkan usaha gigih dan semangat, pihak jurulatih, guru-guru, pentadbir dan warga sekolah maka pihak sekolah berjaya menyediakan peserta yang baik dan hebat. Semangat mereka dapat dilihat dari usaha serta latihan yang dibuat pada waktu pagi, petang dan malam. Walaupun sekolah tidak ada asrama namun peserta sanggup datang demi membuat latihan dan persediaan ke pertandingan KAMIL daerah 2014.
         Usaha gigih dan komitmen semua jurulatih dan peserta kepada acara-acara yang dipertandingkan amatbaik sekali, contohnya ustaz Nazrol Marudi yang sangat komited dan menjaga amanah melatih musamarah melebihi kepentingannya. Beliau sanggup datang melatih tanpa mengira waktu walaupun isterinya dalam sarat mengandung dan selepas bersalin anak sulungnya. Perjalanan hariannya yang selalu di sekolah agak merisaukan sebahagian guru-guru disini, namun dengan penuh tenang dan yakin pada Allah SWT beliau menjalankan tugas seperti kebiasaannya tanpa menunda agenda atau beralasan keluarga. Ini adalah contoh guru yang perlu diteladani semua.
         Hasilnya beliau dapat megekalkan 2 tahun berturut-turut momentum/kekal sebagai JOHAN Musamarah Zon Sabak Bernam. Azam beliau adalah Johan juga di peringkat Negeri 20 April 2014 di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.




        Pada hari pertandingan semua peserta dibawa dari sekolah pada jam 7.30 pagi menaiki 2 buah Bas 4 buah MPV dan 4 buah kereta guru. Pendaftaran peserta dan hakim, bersarapan seterusnya ke lokasi pertandingan masing-masing.



     Pihak sekolah difahamkan bahawa semua acara individu akan dilaksanakan di bilik-bilik darjah yang telah disusun mengikut kesesuaian acara. Setelah selesai bertanding, keputusan akan diumum spontan di bilik tersebut dan hadiah akan terus disampaikan oleh ketua hakim pertandingan.
    Pencapaian sekolah SAM Sg Hj Dorani pada keseluruhannya adalah sederhana sahaja. Namun pihak sekolah masih boleh berbangga dengan acara Musamarah yang dipimpin oleh jurulatih utama Ustaz Nazrol dan Ustazah Salwa setelah Ustaz Abdul Rahman melepaskannya kerana ditugaskan melatih acara lain. Kegemilangan musamarah bermula dari pimpinan Ustaz Abdul Rhman 2011 johan peringkat zon dan tempat ketiga peringkat negeri seterusnya di bawa ke Sri Pentas TV3 dengan kerjasama kaunselor ustaz Abdul Muiez ketika itu dan dirancang ke TV Al Hijrah namun tergendala. Sejarah Musamarah di Peringkat Zon tahun 2012 Piala Musamarah beralih ke SAM Tengku Ampuan Jamaah Sg Besar, tahun 2013 dan 2014 kekal milik SAM Sg Hj Dorani.

   Tahun 2014, Piala pusingan Musamarah zon Sabak Bernam dapat SAMDOR bawa sekali lagi dan pada kali ini azam jurulatih ingin membawa piala pusingan peringkat negeri pula.
   Majlis penutup di sempurnakan oleh Pegawai Agama Islam Daerah(PAID) Ustaz Hafizzuddin bin Kadir, di dewan besar sekolah SAM Muhammadiah pada jam 4.55 petang dan bersurai pada jam 5.45 petang.
 


Selain acara musamarah SAMDOR berjaya pada pertandingan lain seperti naib Johan Tilawah lelaki men atas dan naib johan juga acara Tilawah perempuan juga men atas, tempat ketiga debat bahasa arab perempuan men ren, Syarahan bahasa arab lelaki men ren tempat kedua , Debat bahasa inggeris tempat ketiga, musamarah lelaki tempat ketiga, Naib johan Syarahan Bahasa Melayu dan lain-lain acara. Sekolah SAMDOR juga mendapat tempat ke 6 dari 8 buah sekolah yang bertanding.



MAJLIS TILAWAH AL QURAN (MTQ)
Peringkat Daerah Sabak Bernam
Tempat - SMK Munsyi Abdullah, Sg Air Tawar Sabak Bernam Selangor.
Khamis - Jumaat - 03 - 04. April. 2014 

Musabaqah Tilawatil Qur'an (MTQ)
Segak kumpulan nasyid sekolah bersama jurulatih dan guru pembimbing

shd - Musabaqah Tilawatul Al Quran 2014 yang dijalankan selama dua hari ini, Sekolah SAM Sg Hj Dorani menghantar 3 Acara sahaja iaitu Nasyid Lelaki, Syarahan dan Hafazan. Pertandingan ini hanya melibatkan 7 buah sekolah SABK, satu sekolah SBPI dan satu sekolah SMKA daerah Sabak Bernam.
       Pihak jurulatih dan penasihat telah membuat persiapan beberapa minggu berlatih dan berusaha walaupun terpaksa datang waktu cuti sekolah dan malam hari, kadang terpaksa meninggalkan PDP untuk tujuan tersebut. Namun dalam tiga acara yang sekolah sertai acara Syarahan mendapat tempat ke-4, Hafazan di tempat ke-5 dan acara Nasyid ditempat penyertaan sahaja. Sekolah terbaik keseluruhan ialah SBPI Sg Lang Sabak Bernam. Kami sudah berusaha... ketentuan Allah kami redha.. moga hikmah kebaikan kurniaan kami.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
PROGRAM PENCARIAN PINTAR CERGAS
Tingkatan 1 - 3 (SAM Sg. Hj.  Dorani)
01. Feb - 31. Mei. 2014
Calon SAM Dorani yang terpilih.
Ujian saringan 1 sedang dijalankan di sekolah bermula 1 April hingga 4 April 2014 bertempat di Makmal Komputer sekolah. Ujian ini terbuka kepada semua warga Sam Sungai Haji Dorani yang berumur dari 8 hingga 15 tahun. 
          Pelajar yang lulus ujian akan dihubungi melalui emel dan akan menduduki ujian saringan kedua. Pelajar yang lulus saringan kedua akan diserap ke dalam program Permata Pintar.
          Pelajar lain yang berminat untuk menduduki ujian ini boleh melayari laman web di bawah. Selamat menjawab!
Laman Web :


Bunting "Program Pencarian Bakat-Permata Pintar"

Add caption

Sijil salah seorang calon SAM Dorani.
Surat siaran/pekeliling program