Mei 2014

SAMBUTAN HARI ISRAK WAL MIKRAJ
Tempat : Dewan Raudhah As Syakirin - Surau Sekolah
Anjuran : Badan Dakwah dan Rohani(BADAR)
Selasa - 27hb. Mei. 2014
Penceramah Jemputan : 
Ustaz Hj Suparman Bin Sadikan
(SRA Ihya' Al Falah, Sungai Besar Selangor)
dan Penceramah Bebas.








PEPERIKSAAN PERTENGAHANTAHUN 2014
Tempat : Dewan, Makmal Komputer & Kelas PDP.
Anjuran : Sekolah - BOP
5 - 27hb. Mei. 2014
Setelah dirangka dalam jadual sekolah dan dicatat dalam Buku Teraju Gemilang Dorani 2014. Unit Peperiksaan yang diketuai oleh Sir Zaki Hashim telah membuat perancangan dan perjumpaan dalaman yang akhirnya dipersetujui dan disahkan dalam mesyuarat guru dan mesyuarat pengurusan sekolah. Akhirnya dijadualkan seperti berikut :




PESTA PETANQUE TRIO

Tempat : Dewan Raudhah As Syakirin - Surau Sekolah
Anjuran : Badan Dakwah dan Rohani(BADAR)
Sabtu - 17hb. Mei. 2014
SAM Sungai Haji Dorani menhantar dua pasukan petanque, satu dari kalangan guru iaitu Ustaz Ghazali Abdul Rahim(KB Azhari) bersama Cikgu Norhisam bin Uzemi dan Ustaz Mohamad Fadli. dan satu pasukan dari kalangan murid. 
            Pesta berlangsung pada 17 Mei 2014, penyertaan dan cabaran adalah dari SMK dan SABK. Sekolah yang menyertai ialah SAM Sg Hj Dorani, SAM Parit Baru, SMK Sungai Besar, SMK Ungku Aziz, SMK Munsyi Abdullah, SMK Dato' Mustaffa, SMK Yoke Kuan, SMK Tengku Abdul Rahman Putra dan SMK Seri Bedena.
            Cabaran Petanque kali ini SAM Sg Hj Dorani Berjaya mendapat tempat ketiga - GURU, Sementara pasukan dari kalangan pelajar terkandas di pusingan awal namun mereka mendapat pendedahan, pengalaman dan pengajaran bagi mengatur strategi pada masa akan datang.

SAMBUTAN HARI GURU 2014
Tempat : Dewan Besar Sekolah
Anjuran : Ad-Hoc - Murid Ting. 5
Jumaat - 16hb. Mei. 2014
Saban tahun, setiap 16 Mei seluruh Malaysia akan meyambutnya. Ada yang tepat pada tarikh tersebut dan ada yang terlewat sedikit atas lasan-alasan yang munasabah dan diterima. Hari Guru adalah hari yang sangat-sangat ditunggu oleh semua warga sekolah terutama para pendidik. Di hari inilah, para guru akan menerima penghargaan atas segala usaha, tenaga dan kebitaraan jerit perih mendidik pelajar-pelajar sehingga berjaya. 
             SAM Sungai Haji Dorani tidak ketinggalan menyambutnya bersama-sama para guru pada hari ini 16hb Mei 2014 iaitu hari Jumaat di Dewan Utama Sekolah. Majlis kendalian Tingkatan 5 sepenuhnya dan dibawah bimbingan Kaunselor cikgu yusliza binti Yusuf dan guru Disiplin Tuan Haji Ustaz Baharuddin bin Shahman yang juga guru cemerlang Bahasa Arab.  Ini adalah sedikit gambaran yang terjadi pada hari guru tersebut.








" DASAR WARGA EMAS NEGARA"
(DWEN) - kali 1/2014
Tempat : Dewan Raudhah As Syakirin - Surau Sekolah
Anjuran : Kaunsling - Briget Rakan Sebaya
Khamis - 15hb. Mei. 2014
              Pihak sekolah difahamkan bahawa program ini akan dibuat dua kali setahun. Untuk sesi lanjutan kali 2/2014, Pihak kaunseling telah mengatur rancangan sesuai pada November nanti. Setakat ini rancangan awalnya adalah " Rumah Aktiviti Warga Emas Sungai Besar", iaitu lebih kepada Lawatan Mesra dan Khidmat Masyarakat. Selain itu mendekati dan memahami sensitiviti Warga di Usia Emas. Program ini akan dirancang bersama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
              Pada kali 1/2014 ini, Pihak kaunseling yang merancang dan melibatkan semua pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan tiga sahaja. PRS digunakan sebagai Fesilitator sepanjang program berjalan. Pada masa sama pelajar tingkatan empat dan lima sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2014.  Penekanan utama kepada pelajar adalah mengenai akhlak dan tangungjawab kepada orang lebih usianya terutama kepada ibubapa, penjaga dan orang-orang tua. 
              Pada masa ini, pelajar dipisah antara lelaki dan perempuan. Pelajar digalakkan menulis nota-nota penting dalam setiap acara yang di sediakan kepada mereka. Selain itu pihak penganjur menyediakan Tayangan Video sekitar plot ceritanya " SAYANGI IBUBAPA" dan ceramah umum tajuk : Tanggungjawab terhadap ibubapa".
              Sedikit gambaran yang terjadi pada hari tersebut: