ogos 2014


 DEBAT BAHASA ARAB NASIONAL
Tempat :Universiti Sains Islam Malaysia
Dewan Kuliah Pusat 3, USIM

Bunting Debat
Debat Bahasa Arab peringkat Kebangsaan 2014, SAM Sg Hj Dorani sentiasa menghantar wakilnya setiap tahun. Pihak kami sentiasa bersedia mendepani pertandingan ini dari peringkat daerah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. 
          Dual Pembimbing Debat ialah Tuan Hj. Ustaz Baharuddin bin Shahman(GC-Bahasa Arab) dan Tuan Hj. Ustaz Abdul Halim bin Sulaiman AlGanu. Pernah kami berwawancara kepada kedua mereka namun mereka hanya " Doakan kejayaan kami.. amin" . Kami ingat kalam keramat mereka iaitu " Yassirna" bermaksud mudahkanlah kami.
Empat peserta SAMDOR di Dewan taklimat
          Dalam perdebatan kali ini kami berhadapan dengan lawan yang hebat-hebat seperti SAMTAJ (Juara tahun lepas), SMKA Maahad Hamidiah Kajang, SMK Syed Alwi, Imtiaz Besut Terengganu dan lain-lain.
          Jadual SAm Sh Hj Dorani setakat ini ialah :
  1.       SAMDOR lwn SMKA Syarifah Radiah   -  ( 3 - 0 )
  2.       SAMDOR lwn SAMT Hisyamudin Klg   -  ( 0 - 3 )
  3.       SAMDOR lwn SAMT TAJ   -  ( 1 - 2 )
  4.       SAMDOR lwn  SMA Syed Alwi -  ( 3 - 0 )
  5.       SAMDOR lwn  IMTIAZ Besut -  ( 0 - 3 )
  6.       SAMDOR lwn  SMK Limauan Kimanis Sabah -  ( 3 - 0 )
Squad SAMSHD telah berjuang sepenuh hati, akhirnya barjaya di tempat ke 23 dari 48 buah sekolah yang bertanding. JOHAN Antarabangsa SMKA Maahad Hamidiah Kajang dan JOHAN peringkat Nusantara Pondok Modern Darussalam Gontor Indonesia.

Sedang Berjuang

Kelihatan Tn Hj Baharuddin tenang di Dewan


KURSUS GURU MUDA
Tempat : Sekolah SAMDOR
Anjuran : PPD Sabak Bernam 
Isnin-11hb.Ogos. 2014

Dewan Kursus yang selesa
Nama guru muda yang tercalon
 

PELANCARAN 
BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Tempat : Dataran Bendera Sekolah
Anjuran : PSS SAMDOR
18hb.- 30hb Ogos. 2014
Pihak PSS sekolah melaksanakan dua program serentak iaitu Bulan PSS dan libatkan bersama semangat sambutan hari kemerdekaan. Penyertaan mereka dalam pertandingan yang dirancang oleh GPM Khairiah. Fokus utama program ini, melatih pelajar pantas mencari maklumat, hati dan fikiran sentiasa ingin memenfaatkan PSS dalam hal-hal pencarian berbentuk maklumat dan sebagainya.
           Semua acara tiada wang yuran, pendaftaran atau penyertaan. PERCUMA sahaja. Antara acara yang buat ialah teka berat buku, kuiz, silang kata dan lain-lain.
Teka berat buku
           Terbuka kepada semua pelajar dan semua guru, borang pertandingan akan diedar mulai 20hb ini, setiap peserta akan disyaratkan mencari jawapan untuk semua pertandingan yang diadakan berasaskan buku dan bacaan mereka. Walaupun bebas meng"akses" maklumat dari mana sahaja. Setiap pertandingan dihadkan kepada 20 peserta sahaja, Hadiah lumayan dunia akhirat disediakan oleh PSS diketuai oleh Cikgu Norsiah Sabri(Guru NILAM).

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 57
Tempat : Dataran Bendera Sekolah
Anjuran : Panitia Sejarah dan Sivik
18hb.Ogos. 2014
 
Semangat Kemerdekaan mula terasa apabila laungan semangat GPK 1 Us. Mohamad Ngisa Shaien. Baliau memberikan contoh-contoh pejuang-pejuang Islam terutama pejuang tanah air yang silam seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain. Menceritakan juga keperitan dan semangat perjuangan yang kental oleh bapa kemerdekaan Tanah Melayu Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj.. Para pelajar dinasihat agar sentiasa ada semangat juang yang tinggi dalam memperjuangkan keamanan selepas kemerdekaan dan menjadikannya satu kewajipan individu.
Penghayatan kemerdekaan oleh Us. Ngisa GPK 1

Kibaran Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagunya.



LADAP GURU
"HeadCount and GROW"
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Sabtu-16hb.Ogos. 2014

GROW oleh penceramah jemputan Us. Ngisa Shaien

peserta LADAP

HeadCount oleh Cikgu Hisyam

Bergambar bersama pemantau dari SPI

AADK Sabak Bernam : "URIN TEST"
20 Pelajar terpilih sahaja
Tempat : Dataran Biru
Rabu-9.00am-13hb.Ogos. 2014
Pelajar ditunjukkan pengendalian ujian

MAJLIS PERSARAAN STAFF, PERPISAHAN GURU
SAMBUTAN HARI RAYA DAN DWEN
Tempat : Dewan Utama Sekolah.
8hb.Ogos. 2014
Bersara Pak Mail, perpisahan c. Effi dan Azilawati serta Warga Emas 8 orang.

Yang dirai Ismail bin Mat di pentas

Pak Mail memberi ucapan terakhir dan pantun perpisahan.

Anak buah M.Ridzwan(ALONG) menyanyikan lagu 70an
MOTIVASI ALAM PELAJAR
Tempat : Dewan Utama Sekolah.
Anjuran : Unit Kaunsling
5hb.Ogos. 2014
Keyakinan diri yang tinggi penting supaya awak tahu kita datang dari kampong boleh berjaya spt insan lain yang telah berjaya..Perkara yang sangat penting ialah usaha dan iltizam melalui latihan yang berterusan . Jangan lupa peranan doa dan restu ibubapa dan guru.


Semua pelajar sangat terkesan dengan motivasi dan cerita-cerita serta pengalaman yang di bawa dalam slot-slot Dr Fakhrol. Ada sebahagian pelajar meluahkan perasaan apabila ditemubual guru katanya: "bestt laaa ckgu.. suka3 !! tak mengantuk masa dia bagi motivasi.".