Oktober 2014

PEPERIKSAAN SPM
dan Akhir Tahun Ting 1, 2 dan 3
Tempat : Dewan Besar Sekolah - SPM
Bilik Darjah - Ting. 1, 2 dan 3
Anjuran : Unit Kurikulum Sekolah.
Kain Rentang dari Kerajaan Negeri - Mendoakan Kejayaan.


RESTU ILMU SAMDORANI
Tingkatan 4 dan 5 (SMA & SPM 2014)
Tempat : Surau Raudhah Assalihin SAMDOR
Anjuran : Sekolah.
Suasana pilu mengamit menginsafkan semua calon
  Semua Guru mereka redha dan doakan kejayaan mereka semua.


MELAWAT SAMBIL BELAJAR
Tingkatan 5
Tempat :Sekitar Bandar Putrajaya
Anjuran : Sekolah dan PIBG
Sabtu 18hb. Oktober 2014
Suntik semangat calon SPM 2014
Pihak sekolah telah mohon jasa baik unit kaunsling Pn. Yusliza Yusuf 
merancang dan melaksana Program Tingkatan 5/2014 ke sini.

Papan iklan - Jadual Perjalanan dan Tiket
             Pelayaran selama 1 jam setengah,memang best,menikmati permandangan sekeliling tasik dan bangunan-bangunan cantik sekitar putrajaya.Tambahan waktu malam pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan lampu berwarna-warni,memang sesuai sangat nak menenangkan fikiran. Pelancungakan di bawa mengelilingi seluruh tasik di Putrajaya,kira lengkap la perjalanan keliling,memang best dengan permandangan bangunan sehinggalah pepohon hijau di area wetland dan melihat burung-burung berterbangan.
             Makanan yang di sediakan memang memikat selera, hidangan seperti roti jala dengan kari ayam yang rasa memang sedap,kena dengan selera pengunjung,desert,koktel,cupcake,tart dan banyak lagi lah,semuanya memikat selera.Selain itu,spa kaki juga di sediakan di atas cruise di pelantar atas.
              Ada juga pakej untuk pasangan suami isteri diperahu dondang sayang iaitu yang boleh naik 2 orang tu sahaja, jadi sesuai sangatlah kepada mana-mana pasangan suami isteri yang ingin menyambut birthday atau anniversary.


LADAP GURU
iThink Guru, SPS KoKu dan SKT

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah SAMDOR
Anjuran : Sekolah
Sabtu-11hb.Okt. 2014

Kemahiran Berfikir aras tinggi atas talian.(KIDT). Disampaikan oleh Guru Penyelaras KBAT, KB Sains/Matematik Cikgu Mohd Nizam bin Ideris. Semua guru log-in ke aplikasi kemudian mengisi terus kepada modul-modul yang perlu dilalui.

PIJSK KoKurikulum disampaikan oleh GPK KoKu Cikgu Mohd Zailan bin Arshad. Sekadar taklimat pengisian markah dan mengatasi masalah pemarkahan yang perlu diisi dalam aplikasi SPS dalam kolum KoKurikulum oleh guru kelas. Segala permasalahan murid-murid, Password dan Id guru kelas boleh diambil dari admin SPS.

Dailog Prestasi Disampaikan oleh GPK Kurikulum SAM Sg Hj Dorani Us. Mohamad Ngisa bin Shaien. Antaranya Post Mortem Peperiksaan SPM bagi semua matapelajaran.



PROGRAM YASINAN DAN SOLAT HAJAT
Tingkatan 3,4 dan 5
Tempat : Surau Raudhah Assalihin SAMDOR
Anjuran : Sekolah dan PIBG

Seawal jam 6.00 petang pelajar dan guru mula berkumpul di surau sekolah. Seterusnya pelajar yang ada membuat persiapan solat maghrib pada jam 7.15 petang ketika itu. Solat maghrib berjamaah di imamkan oleh Tuan Guru Ustaz Mohamad Ghazali bin Abdul Rahim sementara bacaan yasin di pimpin oleh tetamu jemputan sekolah Tuan Guru Us. Mohd Razali bi Shaari Penyelaras Khidmat Masyarakat DUN Sg Panjang.
            Motivasi Cemerlang peperiksaan dan halatuju masa hadapan juga disampaikan oleh tetamu jemputan sekolah. Beliau menyeimbangkan antara sijil dan akhlak perlu jalan seiring malah agama adalah yang utama, pelajar yang menghadapi masalah kewangan perlulah ke pejabat bersesuaian seperti pusat zakat, baitulmal, pusat khidmat masyarakat dan sebagainya.
           Sebelum ucapan tetamu jemputan sekolah adalah ucapan aluan dan suntikan semangat pelajar serta ibubapa/penjaga oleh GPK Kurikulum Us. Mohamad Ngisa bin Shaien. Dalam ucapan GPK 1 itu,  ada menyebut betapa besar harapan sekolah ingin melihat anak-anak SAMDOR cemerlang disulami akhlak mulia, sebagaimana ingin melihat ibubapa/penjaga yang perihatin dengan matapelajaran dan gerak lentuk anak mereka dirumah. Selain itu harapan sekolah kepada ibubapa dapat menceriakan sekolah bersama warga sekolah dengan menghulur bantuan seadanya tenaga dan material.
            Solat Isyak dan solat hajat dilakukan secara berjamaah juga berimamkan Ustaz Mohd Razali bin Shaari. Solat hajat dibuat dengan 4 rekaat dengan kaifiyat yang diturunkan khas dari beliau iaitu mencapai bacaan surah al ikhlas 100 kali.
            Rakaat 1 : Bacaan Fatihah dan surah Ikhlas - 10 kali
            Rakaat 2 : Bacaan Fatihah dan surah Ikhlas - 20 kali
            Salam
            Rakaat 1 : Bacaan Fatihah dan surah Ikhlas - 30 kali
            Rakaat 2 : Bacaan Fatihah dan surah Ikhlas  -40 kali
Bacaan Yaasin
Solat Hajat pelajar, guru dan Ibubapa/penjaga 

POST MORTEM PERCUBAAN SMA 2014
Tingkatan 4
Tempat : Bilik Mesyuarat SAMDOR
Anjuran : Ko Kurikulum
Selasa-07hb.Okt. 2014 Jam: 12.00 t/hari-2.00 petang.

Sedang meneliti dan berbincang peningkatan/strategik cemerlang SMA


KORBAN DAN RAYA HAJI
Tempat : Seluruh kawasan SAMDORANI.
Anjuran : Sekolah dan PIBG
Selasa, 7hb.Oktober. 2014
 KURSUS SEMBELIHAN BINATANG TERNAKAN TINGKATAN 5 

Sedang melapah lembu selepas disembelih.

Praktikal sembelihan dibimbing Us. Abd Rahman Al-Murabbi Al-Araby

Bahagian pemotongan daging


PROGRAM MOTIVASI - JATI DIRI
Tingkatan5
Tempat : Sungai Limau Resort, Sungai Besar
Anjuran : Unit Kaunsling
YB Budiman ADUN Sg Panjang jemputan sebagai peramian penutup
SHD- Pihak sekolah menyerahkan program motivasi ini kepada unit kaunsling yang diketuai oleh kaunslor sekolah cikgu Yusliza bt Yusuf. Setelah pihak kaunsling perhalusi beberapa minggu lepas akhirnya mendapat kata sepakat dan restu pentadbiran untuk bergabung bersama Pihak  PIBG sekolah. Kebetulan ketua PIBG sekolah En Bakri Masturi mempunyai Sungai Limau Resort yang biasa di guna untuk program-program seumpama ini.
          Hari pertama Motivasi Jatidiri SPM 2014. Terima kasih yg turut terlibat menjayakan terutama Semua Pentadbir sekolah.. Pn Muzeta..Pn Najiha.. Ustaz Baharudin..Ust khariah..Ustaz Khairudin..cik Adilla dan Cik Suriani. Tanpa anda semua program tak lancar.
Big thanks to En Bakri YDP PIBG Samdorani.

Antara aktiviti pendaftaran, Taklimat dan Sukan
                                 Aktiviti menjelang pagi Sabtu Kem Motivasi Tingkatan 5
                                  1. Senamrobik
                                  2. Anak ayam dikejar musang
                                  3. Rumput di atas bukit
                                  4. Believe your friend


                                 Slot uji Minda..fizikal dan teamwork
                                 1. Spider web
                                 2. Donut guna tayar kereta
                                 3. Highest building guna straw

Aktiviti mecerdas minda berkumpulan
                        Pembentangan kumpulan. 
Tahniah yang dapat makan buah belimbing buluh..penyegar mata di malam hari atas sbb pelbagai kesalahan... 

PEMBELAJARAN INTERAKTIF
Bas bergerak LUTH
Tempat : Parking hadapan SAM Sg Hj Dorani.
Anjuran : Unit Kaunsling dan PIBG
Khamis - 2 Oktober 2014
  Ini sumbangan dari Tabung Haji . SAMDORANI merupakan sekolah angkat TH mulai tahun ini. Pendedahan kepada semua pelajar mengenai dunia luar atau alam kerjaya nanti. Kalau pelajar lebih ramai cemerlang sekolah akan terkenal dikenal dan pelajar disegani ..jadi pelajar-pelajar belajarlah  rajin-rajin.
                      Dalam bas... terdapat simulasi 7 jenis pekerjaan. Amat menyeronokkan,  pelajar boleh/diberi peluang untuk mencuba kesemuanya.






PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SPM dan SMA 2014
Tempat : Dewan Besar Sekolah SAMDOR
Anjuran : unit KoKurikulum
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 25 ogos -11 SEPT 2015 DAN SMA 2014 25-29 OGOS 2014
suasana di dewan peperiksaan