Pengetua Pindah

PERPINDAHAN PENGETUA
Pn. Noorhiyati binti Othaman

SHD - Lebih setahun pengetua menerajui SAMSHD, Selama itu jugalah pengetua menunggu dan menagih janji BPI untuk menempatkannya semula di Sekolah kawasan Banting. Penantian yang tidak sia-sia, akhirnya pada Julai 2013 - Penantian tertunai sudah. Pengetua akan berpindah ke SAM Unwan Saadah Kanchong Darat mulai tarikh diatas. Terima kasih Puan, Jasamu di SAMDOR tetap dikenang.

* Guru-guru bergambar kenangan bersama pengetua di Dataran Biru

Pengetua SAM Sg Hj Dorani yang baru adalah Pn. Khodijah binti Dardi, Jawatan sebelum ini adalah PK Kurikulum di SAM Muhammadiah Pekan Sabak Bernam.