SSQS 2012 : 1 Ogos – 9 Sept 2012

PENGIKTIRAFAN PENGUNAAN ICT SEKOLAH
Sepanjang Tahun 2012
 Smart School Qualification Standards (SSQS)

SHD - Sepanjang tahun 2012 yang lepas, warga SAMSHD aktif menggunakan kemudahan ICT sekolah dan peribadi. Kemudahan dengan capaian internat yang disedia melalui 1Bestarinet menambah mudah warga sekolah mengakses internat dimana-mana(berdekatan ZOOM) dan menjadikan ICT dihujung jari.

Pada hari Jumaat lepas Pengetua SAMSHD Pn Noorhiyati Othaman menyerahkan Sijil pengiktirafan SSQS Sekolah. Tahniah Warga SAM Sg Hj Dorani.
 ...............................................................................................................................................................
 Apakah SSQS ?

PENGENALAN 
Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC). 
OBJEKTIF SSQS 
Objektifnya ialah: 
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah. 
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran 
    dan  pembelajaran (P&). 
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM. 
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran

SSQS 2012 : 1 Ogos – 9 Sept 2012 
Zon Tengah
(Selangor,K.Lumpur dan PutraJaya).
Pihak PKG telah menerima pemberitahuan bahawa SSQS untuk Negeri Selangor akan bermula 
1 Ogos – 9 Sept 2012   dan kali ini penekanan kepada kepentingan data adalah amat penting memandangkan akan diverifikasikan oleh pihak JNJK bersama BTP/BTPN/PKG.

Untuk negeri Selangor tarikh ini perlu diambil berat dan sila masukan dalam tarikh penting sekolah anda. Guru ICT dan Pentadbir diminta untuk memastikan pengisian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.