RAMADHAN KAREEM 2013

... PENGISTIHARAN...


RABU 10.07.2013 ADALAH
AWAL RAMADHAN DAN AWAL PUASA 
DIUCAPKAN SELAMAT BERPUASA

 
                                                 .....................................................................................


*  Warga SAMDOR - Sifar Ponteng Puasa


PROGRAM-PROGRAM 

SEPANJANG RAMADHAN

 1. Tadarus Al-Quran.
      ( Secara kumpulan dan telah ditentukan surah-surah/juzuk mengikut jadual )


Pelajar mengaji ikut kumpulan bersama seorang guru sekolah ( fesilitator. )

2. Tazkirah Ramadhan.
    ( Mengikut jadual ditentukan dan tajuk bebas/bersesuaian )



3. Kuiz Ramadhan.
    ( Kendalian PSS sekolah dibawah Minggu PSS Versi Ramadhan )

GPM sekolah Pn. Khairiah bt Talib sedang menjalankan dan menjayakan program khas Ramadhan dibawah kelolaannya. Penyertaan pelajar amat baik sekali dan beliau meminta maaf kepada pelajar yang tidak dapat layanan dari pihaknya. Banyak  hadiah disediakan untuk para pemenang. Ada hadiah bebentuk alat tulis, buku, sijil dan sebagainya.
     Hadiah diberikan secara harian dan sepontan. Bentuk hadiah juga adalah bersesuaian dengan pertandingan yang dijalankan pada hari itu.
     Ada pertandingan bebentuk Kuiz, ada juga berbentuk peribahasa, ada juga pantun, pertandingan juga kepada penilaian pentazkirah terbaikdan sebagainya.  Program ini di jalankan pada waktu rehat tengah hari bersama tazkirah pelajar.
* Sesi kuiz sedang dilakukan oleh GPM di dalam Surau Raudhah As Syakirin selepas sahaja tazkirah pelajar pada hari tersebut.
* Antara pelajar yang berjaya dalam pertandingan yang di pertandingkan... TAHNIAH.















 
* Antara bentuk Hadiah yang di sediakan khas untuk acara PSS versi Ramadhan.











4. Kuiz Perdana UBK SAM Sg Hj Dorani.
1. Kuiz pertama :

Berikan pendapat anda. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Nuzul Al-Quran.

PM jawapan anda ke inbox laman FB UBK.

Pemenang bakal membawa topap RM 5.00 dan hadiah iringan.

Tarikh tutup 7.00 pagi esok (20 Julai 2013 )

  
1. Kuiz Kedua :
Jawab 10 soalan dan cipta dua rangkap pantun empat kerat yang kreatif.
Pantun pertama bertemakan PUASA dan pantun kedua bertemakan RAYA.
Pastikan pantun anda pantun yang asli ya. Pantun yang diciplak dari laman web tidak diterima.

Itu sahaja. Semua jawapan boleh dicari di laman Google.

Hadiah tempat pertama : Tunai RM 25.00
Hadiah tempat kedua : Tunai RM 15.00
Hadiah tempat ketiga : Tunai RM 10.00

Masa tamat : Jam 11.59 malam ini ( 1 Ogos 2013 )

Syarat penyertaan :
1. PM jawapan anda di laman UBK SAM Sg Hj Dorani.
2. Terbuka kepada warga SAMDORANI yang masih bersekolah sahaja.
3. Setiap peserta hanya boleh menjawab SEKALI sahaja.
4. Jika ramai peserta yang menjawab kesemua soalan dengan betul, pantun kreatif akan dijadikan mekanisma pemilihan pemenang.
5. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak penaja. Pihak UBK tidak terlibat dalam pemilihan pemenang.

 
3. Peraduan Ketiga :
Kita buka peraduan seterusnya.

Peraduan bergambar. Tema bebas bermotifkan Buka Puasa atau Hari Raya. Pastikan gambar anda gambar yang sopan.

Poskan gambar anda di 'wall' FB UBK.

Gambar paling menarik akan memenangi hadiah yang disediakan.

Tempat pertama : Tunai RM 7.00
Tempat kedua : Tunai RM 5.00
Tempat ketiga : Tunai RM 3.00
3 saguhati : Pen Universiti

Tarikh tutup pada hari Rabu 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.

Jom meriahkan 'wall' dengan gambar 'meletop' anda berhari raya.


5. Pertandingan/kuiz sempena Minggu Matematik/Sains.
    ( Projek dijalankan dalam bulan ramadhan kepada semua pelajar )

Photo: Perasmian Minggu Sains dan Matematik.

22-29 Julai 2013

Banyak hadiah untuk dimenangi ^_^
Perasmian Minggu Sains dan Matematik. 22-29 Julai 2013
Banyak hadiah untuk dimenangi

6. Kursus Penyelengaraan Jenazah
    ( Program bawah BADAR )
Photo: Ihya' Ramadan : Tajhiz Jenazah 2013 akan diadakan pada hari Rabu ini. Semoga memberi manfaat kepada seluruh warga #SAMDORANI

7. Peperiksaan Percubaan PMR 2013
    ( Arahan dari PPD Daerah - Unit Peperiksaan sekolah )

 Photo: Jng Jeng Jeng. Jadual percubaan PMR kini telah tiba. Selamat beramallllll.
8. Iftar Jamaie - Mari berbuka bersama-sama
    ( Program sekolah khas untuk warga pendidik/staff bersama pelajar PMR, SMA dan SPM )

9. Khatam Al Quran - Peringkat Sekolah
    ( Dikendali oleh Bidang Agama, BADAR dan Panitia PAI )
 
 Peserta Khatam alquran adalah dari ting. 5F dn 5N  2013

KHATAM AL QURAN DAERAH

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Sabak Bernam

Majlis khatam Al-quran peringkat daerah bertempat di SAMDORANI. Pemilihan tempat di buat berdasarkan keterampilan,kecemerlangan dan persembahan surau terbaik daerah. Surau Raudhah As-syakirin SAM Sg Hj. Dorani merupakan JOHAN surau sek-sek Men peringkat daerah 5 bintang dan tercalon ke peringkat Negeri... Didoakan semoga berjaya... Amin.


          Tetamu jemputan ialah Imam Muda Hassan.




Photo: Imam Muda Hassan Adli sedang beraksi. Khusus buat anak-anak #SAMDORANI yang sedang belajar di kelas ^_^

 * Imam Muda Hassan Adli sedang memberikan Info dan tazkirah ringkasnya sebelum beramah mesra besama pelajar terpilih sekolah ke Majlis Khatam Al Quran ini.
            Banyak pesanan beliau yang dikongsi bersama semua pelajar dan guru pada pagi ini. Beliau lebih menekankan sifat Sabar, iman dan islam selain kelebihan-kelebihan yang ada dalam kitab suci al quran dan bulan ramadhan.









Photo: Imam Muda Hassan Adli menandatangani buku pelawat UBK sempena Program Kem Pemantapan Sahsiah dan Majlis Khatam Al-Quran di #SAMDORANI












* Imam Muda Hassan Adli menandatangani buku pelawat sempena Program Kem Pemantapan Sahsiah dan Majlis Khatam Al-Quran